Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
byd atto 3 malaysia

Pernah Diketawakan Elon Musk, BYD Kini Atasi Tesla

Diterbitkan Januari 3, 2024 oleh ariff bukhari

Buat pertama kalinya dalam suku ke-4 2023, pengeluar kereta elektrik (EV) dari China, BYD telah berjaya mengatasi jualan EV Tesla.

Pernah diketawakan oleh Elon Musk pada 2011 dahulu, BYD kini menjadi antara pemain utama industri EV global.

Malah Tesla secara rasmi kehilangan gelarannya sebagai penjual EV terbaik dunia kepada syarikat China itu.

BYD, pembuat kereta China, telah menghantar sebanyak 526,409 kereta pada suku keempat 2023, dengan mudah mengatasi 484,507 EV Tesla.

jualan EV teslaTesla telah kehilangan pegangannya dalam pasaran EV untuk sebahagian besar tahun lalu apabila lebih banyak pesaing memasuki industri ini dan pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan.

Ini telah membawa kepada beberapa siri pemotongan harga di AS dan China yang mengurangkan keuntungan Tesla.

Pengeluar EV dari China seperti BYD telah membuat kemajuan besar dalam kualiti dan kemampuan produk  yang boleh membantu mereka memasuki pasaran AS.

byd seal
BYD Seal, model EV terbaru yang baru diperlihatkan di Malaysia bakal menyaingi Tesla Model 3 pada tahun 2024 ini.

Malah pertumbuhan pesat BYD, yang disokong oleh Warren Buffett, adalah simbol kepada industri EV China yang semakin meningkat.

Sokongan Kerajaan  negara itu yang kukuh kepada pemain industri itu juga mempercepatkan lagi industri EV di negara tersebut.

Sementara itu, jenama yang berpangkalan di AS pula dilihat semakin hilang populariti di kalangan pembeli di China.

Berkaitan

  • Shopee Mula Kenakan 10% Cukai Barangan Import Bernilai Bawah RM500
  • EV Pertama Dengan Bateri Natrium Bebas Litium Masuk Pasaran Tahun Ini
  • Dapatkan Huawei P60 Pro Dengan Diskaun RM1300

Sumber: Business Insider, Tesla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY