Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GAC Aion Y Plus

Lagi Model EV China Bakal Masuk Malaysia, GAC Aion Y Plus Akan Saingi BYD Atto 3

Diterbitkan Februari 1, 2024 oleh ariff bukhari

Pasaran EV Malaysia semakin rancak dengan bakal tibanya model terbaru EV dari sebuah lagi syarikat China, GAC Aion New Energy Automobile Co., Ltd. (“GAC Aion”).

Syarikat yang diasaskan pada 2017 dahulu ini adalah sebuah syarikat teknologi inovatif yang ditubuhkan oleh GAC Group.

Sebagai pengenalannya di Malaysia, mereka telah menayangkan salah satu model EV mereka yang akan dibawa masuk ke pasaran tempatan pada separuh pertama tahun 2024 ini, GAC Aion Y Plus.

GAC Aion Y Plus 1

GAC Aion Y Plus telah pun dilancarkan pada 2023 lepas untuk pasaran China.

Antara spesifikasi utama EV ini adalah dilengkapi tayar bersaiz 17 inci, ruang dalaman yang luas dan selesa serta mampu memberi jarak sejauah 490km dari bateri lithium-ion phosphate (LFP)nya.

GAC Aion Y Plus 3

GAC Aion Y Plus sudah pun lebih dulu ditawar untuk pasaran Thailand yang dijual pada harga 1,069,900 baht (~RM142 ribu).

Sebagai perbandingan, harga jualan BYD Atto3 di Malaysia adalah bermula dari RM149,800. Jadi, GAC Aion Y Plus bakal bersaing sengit dalam kategori SUV EV di Malaysia.

GAC Aion Y Plus 2

https://youtu.be/clRsLXkjxSI?si=m38pRKY-58duWT3j

Berkaitan

  • Harga DRAM Dan Storan SSD Dijangka Naik Mendadak Tahun Ini
  • Semak Saman Di MyBayar Sekarang, PDRM Sedang Tawar Diskaun 50%
  • Tidak Lagi Nokia Mobile, Kini Dikenali HMD

Sumber: Paul Tan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY