Bowers & Wilkins (B&W) kembali dengan Pi8, fon telinga tanpa wayar premium yang bertujuan menawarkan pengalaman audio terbaik bagi audiophile di luar sana.
Dibekalkan dengan pembukusan kotak yang premium membuatkan saya berasa teruja semasa melakukan proses nyahkotak. Dengan harga RM2,399, Pi8 ini dijanjikan sebagai fon telinga terbaik daripada jenama audio ikonik ini.
Reka bentuk Pi8 juga mencerminkan kualiti premium. Ia menggunakan plastik matte yang tahan lasak, dengan pilihan warna seperti Anthracite Black, Dove White, Midnight Blue, dan Jade Green. Fon telinga ini juga kalis debu dan percikan air dengan penarafan IP54, sesuai digunakan di gim atau aktiviti luar.
________________________
[specs]
- DSP berprestasi tinggi dengan DSP dan amplifier/DAC khusus
- Sambungan audio 32-bit sebenar
- 5-band EQ boleh disesuaikan + mod TrueSound
- Bluetooth 5.4 dengan teknologi aptX Lossless
- Sambungan multi peranti
- Pembatalan hingar aktif
- Pemancaran semula audio daripada bekas pengecas (aptX Adaptive)
- Pengecasan tanpa wayar dan USB-C
- Sokongan pengecasan pantas
- Diiktiraf Apple MFi (Made for iPhone)
[/specs]
Pi8 hadir dengan diafragma Carbon Cone 12mm, disokong oleh amp dan DAC, memberikan kualiti bunyi yang luar biasa. Pengalaman audio yang dihasilkan sangat mendalam, dengan pemisahan bunyi bass dan drum yang sangat jelas. Bahkan, kualiti panggilan suara juga sangat tajam walaupun dalam keadaan berangin.
Satu ciri unik Pi8 adalah kotak pengecasannya yang juga berfungsi sebagai pemancar semula. Bermaksud, ia akan memberi tahu anda yang bekas simpanan fon telinga ini telah ditutup.
Aplikasi
Pi8 menggunakan cip Qualcomm, dan menyokong Bluetooth 5.4 yang membolehkan sambungan pantas ke atas peranti ini. Ia juga menggunakan DAC/DSP amp berprestasi tinggi yang berasingan untuk menjalankan banyak fungsi penting yang membolehkan B&W memberikan lebih kawalan langsung terhadap prestasi fon telinga ini.
Permukaan luar setiap fon telinga adalah sensitif kepada sentuhan. Melalui aplikasi Bowers & Wilkins Music, anda boleh menetapkannya sama ada sebagai kawalan kelantangan atau menukar mod (antara pembatalan bunyi dan mod ketelusan) serta pemanggilan pembantu suara. Agak mengecewakan kerana anda tidak boleh mengkonfigurasi kedua-duanya serentak.
Untuk harga yang ditawarkan Pi8 dengan fungsi yang sangat minimal, ia sangat mengecewakan kerana tidak menawarkan ciri seperti pesaing lain seperti pintasan untuk mengangkat panggilan dan pengesanan jejak pada peranti yang ditawarkan pesaing dengan harga jauh lebih murah daripada peranti ini.
Reka Bentuk dan Keselesaan
Reka bentuk Pi8 menunjukkan peningkatan ketara berbanding model sebelumnya, Pi7. Dengan empat pilihan saiz putik, fon telinga ini sesuai dengan kebanyakan pengguna. Ciri premium Pi8 sangat ketara, dari kawalan sentuhan yang berfungsi lancar hingga kepada penggunaan bahan berkualiti tinggi.
Pembatalan Bunyi dan Hayat Bateri
Walaupun Pi8 menawarkan pembatalan hingar aktif (ANC), ia tidak setanding dengan fon telinga seperti Bose yang terkenal dengan teknologi ini. Namun, Pi8 cukup berkesan dalam mengurangkan bunyi latar belakang harian. Hayat baterinya mencapai 6.5 jam dengan ANC dihidupkan, dengan tambahan 13.5 jam dari kotak pengecasan.
Prestasi Audio
Dengan bunyi yang sangat kedap dan menyokong segala genre lagu dengan baik seperti klasik, Jazz, Techno, serta pop. Pi8 memberikan bunyi yang jelas untuk setiap elemen rakaman. Keupayaan fon putik ini untuk mengasingkan dan menganalisis bunyi muzik serta nyanyian sangat mengagumkan. Pada tahap volum yang tinggi, ia masih boleh didengari kerana tidak terlalu bingit di telinga.
Pengalaman Penggunaan
Saya telah membandingkan berbagai jenis platform penstriman muzik dengan kualiti yang bakal diberikan Pi8 seperti Spotify dan YouTube Music didapati hasil yang diberikan agak kurang memuaskan dari segi bass. Untuk memperoleh kualiti muzik yang premium, saya telah menggunakan platform Apple Music sebagai penanda aras kali ini memandangkan ia platform yang berkualiti tetapi harga langganan masih mampu milik.
Berdasarkan pengalaman pengunaan harian, saya telah menguji tahap keselesaan Pi8 dengan berjoging serta melakukan rutin harian seperti biasa. Didapati Pi8 ini sangat memuaskan dari segi keselesaan kerana tidak mudah jatuh dari telinga dan tidak mendatangkan sebarang efek luaran seperti kegatalan.
Dari segi kapasiti bateri, ia cukup memuaskan kerana saya dapat menggunakannya selama 3 hari tanpa perlu mengecas dengan kabel. Dalam tiga hari tersebut saya telah menggunakan Pi8 ini secara kerap dan hanya bergantung pada pengecasan daripada bekas simpanan. Dalam pengujian ini saya hanya memerlukan 15 minit bagi pengecasan penuh.
Ciri ANC ini boleh dikatakan agak baik kerana semasa percubaannya di MRT. saya langsung tidak mendengar perbualan orang di dalam tren walaupun pada dasarnya keadaan ketika itu agak bising, malah saya hanya mendengar pengumuman lokasi sahaja.
Dalam ciri Pass Through, saya telah mencuba di pejabat. Secara keseluruhan saya masih boleh mendengar lagu sambil berbual dengan rakan tanpa perlu menanggalkan Pi8 ini serta berborak secara rancak.
Kesimpulan
Bowers & Wilkins Pi8 adalah fon telinga untuk pendengar yang mahukan audio berkualiti tinggi yang hanya memfokuskan hanya kepada kualiti audio. Jika anda tergolong dalam kategori yang hanya memerlukan kualiti muzik, Pi8 adalah fon telinga yang terbaik dalam reka bentuk tanpa wayar setakat ini. Tambahan lagi, jika anda melanggan perkhidmatan muzik yang menawarkan hi-res, anda akan dapat menikmati potensi penuh fon telinga ini.
Dengan segala ciri dan peningkatan yang ditawarkan memang tidak dinafikan ia adalah sebuah fon telinga premium yang sangat baik dan cemerlang. Namun, tidak semua yang mampu untuk memilikinya.
{suggest}