Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saudi Visa Bio

Bakal Haji Perlu Muat Turun Aplikasi Saudi Visa Bio – TH

Diterbitkan April 4, 2023 ยท Dikemas kini April 4, 2023 oleh Amalina Athman

Lembaga Tabung Haji (TH) kini memaklumkan bahawa kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio bagi tujuan permohonan visa bakal haji tahun ini.

Sehubungan itu, semua bakal haji digesa untuk memuat turun sendiri aplikasi Saudi Visa Bio pada telefon pintar masing-masing menerusi Google Play Store atau App Store.

Berkaitan

  • Semakan Tawaran Haji Boleh Dibuat Mulai Hari Ini

Menerusi aplikasi tersebut, ia merangkumi empat proses iaitu:

  • Melengkapkan alamat e-mel
  • Memuatnaik imbasan muka surat butiran peribadi dalam pasport Malaysia
  • Imbasan muka
  • Imbasan 10 jari (biometrik)

Seterusnya, bakal haji akan menerima e-mel pengesahan pendaftaran daripada Kementerian Luar Arab Saudi apabila maklumat peribadi berjaya dimuat naik ke dalam aplikasi Saudi Visa Bio.

Setelah menerima pengesahan, bakal haji diminta untuk terus menyerahkan pasport kepada pihak TH bagi tujuan memproses visa bakal haji.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio, sila layari portal rasmi www.tabunghaji.gov.my atau Media Sosial Rasmi TH. Bagi perkhidmatan yang lain, hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Sumber: Tabung Haji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY