Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Janji Temu MySejahtera Diperluas Kepada Perkhidmatan Pergigian

Sistem Janji Temu MySejahtera Diperluas Kepada Perkhidmatan Pergigian

Diterbitkan Mei 15, 2023 · Dikemas kini Mei 15, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Sistem Janji Temu secara dalam talian melalui aplikasi MySejahtera diperluas kepada perkhidmatan kesihatan pergigian mulai hari ini, 15 Mei 2023.

Berkaitan

  • Tempahan Janji Temu Kesihatan Kini Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi MySejahtera
  • Kerajaan Mahu MySejahtera Jadi Aplikasi 'Super Apps' Kesihatan

Peluasan ini akan mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan pergigian dan kemudahan akses ke klinik pergigian, sebagai alternatif kaedah ‘walk-in‘ sedia ada. Dengan itu, tempahan perkhidmatan pergigian boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa.

Menurut KKM, peluasan Sistem Janji Temu MySejahtera ini menawarkan janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian melalui Perkhidmatan Pesakit Luar.

Sebagai tambahan, KKM akan memperkenal fungsi ‘Automated Reminder’, iaitu notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah. Jika rawatan susulan diperlukan, penetapan janji temu seterusnya akan diaturkan.

Sementara itu, bagi kes kecemasan pergigian seperti sakit gigi atau kecederaan pada tisu muka atau gigi, pengguna boleh hadir terus ke mana-mana klinik pergigian berdekatan tanpa perlu melakukan tempahan janji temu.

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY