Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
leak image Galaxy S24 Ultra

Bukan Setakat Bulan, Galaxy S24 Ultra Mungkin Mampu Rakam Imej Galaksi Dan Nebula

Diterbitkan Januari 8, 2024 · Dikemas kini Januari 8, 2024 oleh ariff bukhari

Jika sebelum ini Bulan menjadi tanda aras kepada kamera telefon pintar, tapi Samsung mungkin meningkatkan taraf tanda aras itu kepada lebih tinggi menerusi Galaxy S24 Ultra, keupayaan merakam imej galaksi dan nebula pula.

Memang telefon pintar terkini kini mampu menangkap imej bintang dan bulan di langit malam tetapi bukan imej galaksi.

Jadi, keupayaan merakam imej galaksi itu mungkin dibantu dengan kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dijangka akan digunakan Samsung pada model terbaru telefon pintar andalan (flagship) mereka itu nanti.

Sekali gus menjadikannya telefon pintar pertama yang dilengkapi keupayaan itu.

Hampir Setahun Dilancarkan, NASA Kongsi Imej Terbaik Dari Teleskop Webb

Penambahbaikan dalam pemprosesan imej dan perkakasan yang dinaik taraf sudah tentunya akan meningkatkan lagi presatsi telefon pintar terbaik menangkap imej astrofotografi yang menakjubkan tidak lama lagi.

Khabar angin kamera Galaxy S24 Ultra membayangkan bahawa peranti itu akan dilengkapi “kamera telefoto quad” dengan keupayaan zum 2x, 3x, 5x dan 10x.

Julat zum setinggi itu mungkin akan membolehkan ia merakam kualiti imej yang terbaik, walaupun apabila zum digital digunakan.

Spesifikasi Galaxy S24 Ultra yang tertiris juga menunjukkan yang ia akan dilengkapi ciri yang dikenali sebagai Zum Angkasa 100x.

Keupayaan itu dijangka akan menjadi julat zum yang diperlukan untuk melihat butiran halus galaksi dan nebula.

Selain itu, dengan bantuan AI, Samsung mungkin akan menyelesaikan keperluan Galaxy S24 Ultra untuk tidak lagi perlukan tripod bagi merakam imej angkasa pada kualiti terbaik.

Galaxy AI
Samsung sudah pun memberi gambaran awal telefon Galaxy flagship mereka dengan teknologi AI berkuasa. Malah butiran halus yang ditunjukkan juga memberi bayangan bahawa kamera Galaxy terbaru mereka sangat berkuasa.

Sebaliknya AI yang bertindak menyusun imej dengan sewajarnya serta meneliti setiap foto untuk menghapuskan hingar dan keanehan lain yang boleh berlaku semasa pendedahan yang lama ketika merakam imej galaksi.

Keupayaan itu sudah tentu memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi. Tapi dengan khabar angin yang mendakwa Galaxy S24 Ultra akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, ia pasti boleh mengendalikan semua itu.

Walau apa pun, semua kepastian ini hanya akan terjawab pada 18 Januari 2024 nanti di mana Samsung akan mengadakan acara Galaxy Unpacked yang dijangkakan siri Galaxy S24 akan diumumkan nanti.

Acara Galaxy Unpacked itu akan boleh ditonton secara langsung di YouTube, laman rasmi Samsung dan laman Facebook Samsung pada 18 Januari 2024, jam 2.00 pagi waktu Malaysia.

Berkaitan

  • Ini Yang Anda Patut Tahu Berkaitan Samsung Galaxy S24 Ultra Buat Masa Sekarang
  • Siri Samsung Galaxy S24 Bakal Dilancarkan Pada Suku Pertama 2024
  • Senarai Terkini 18 Jenama Telefon Pintar Yang Sedia Sokong Rangkaian 5G Malaysia 2024

Sumber: Toms Guide

(Beli pelbagai produk Samsung dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY