Siri Samsung Galaxy S24 merupakan peranti kelas andalan yang dinanti-nantikan oleh pengguna telefon pintar di luar sana terutamanya mereka yang berada dalam ekosistem Samsung.
Walau bagaimanapun, orang dalam Samsung telah meniriskan tentang 2 perkara utama Samsung Galaxy S24. Antara 3 perkara tersebut adalah spesifikasi utama dan tarikh pelancaran.
Spesifikasi Utama

Model S24 Ultra dan S24+ akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy manakala model standard akan dikuasakan dengan cip Exynos 2400. Dari segi RAM pula, model S24 Ultra dan S24+ mempunyai 12GB manakala model standard hanya mempunyai 8GB sahaja.
Untuk storan pula, model S24 Ultra mempunyai tiga varian storan iaitu 256GB, 512GB dan 1TB. Model S24+ pula mempunyai dua varian iaitu 256GB dan 512GB. Model standard mempunyai tiga varian iaitu 128GB, 256GB dan 512GB.
Dari segi skrin pula, ketiga-tiga model akan menggunakan tiga jenis skrin yang sama iaitu Dynamic AMOLED 2X dan tahap kecerahan hingga 2600 nits serta kadar segar semula 120Hz.
Apa yang membezakan adalah dari segi resolusi. Untuk model S24 Ultra dan S24+, resolusinya adalah QHD+ manakala model standard hanya FHD+ sahaja.
Kapasiti bateri pula, untuk model Ultra 5000mAh, model Plus 4900mAh dan model standard 4000mAh. Ketiga-tiga model ini menyokong pengecasan pantas.
Tarikh Pelancaran

Untuk tarikh pelancaran, terdapat dua percanggahan. Ice Universe mendakwa siri Galaxy S24 akan dilancarkan pada 18 Januari 2024 manakala saluran berita Korea Selatan, TheElec menyatakan peranti tersebut akan dilancarkan pada 17 Januari di San Jose.
Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Samsung sendiri tentang tarikh pelancaran.
Sumber: GSM Arena, lowyat.net
{suggest}
