Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Yang Anda Patut Tahu Berkaitan Samsung Galaxy S24 Ultra Buat Masa Sekarang

Posted on November 22, 2023

Dalam beberapa bulan lagi, peranti andalan dan paling premium daripada Samsung, iaitu Galaxy S24 Ultra dijangka bakal diperkenalkan.

Setakat sekarang, ini adalah beberapa jangkaan berkaitan rupa serta spesifikasinya.

Rekaan dan Spesifikasi

Siri Galaxy S24 dikatakan bakal mengekalkan rekaan sedia ada. Ini termasuk dengan modul kameranya. Namun, Samsung mungkin menawarkan binaan titanium pada sisinya.

Ia agak tidak mustahil kerana siri Xiaomi 14 pun sudah ada variasi titanium.

Skrin pada peranti ini dikhabarkan rata sepenuhnya selain turut mengekalkan sisi melengkungnya. Oleh itu, Samsung menjadi sebahagian syarikat Android yang masih mengekalkan skrin melengkung pada perantinya di kala beberapa syarikat Android yang lain telah “menghapuskannya” pada peranti mereka buat selamanya.

Dari segi skrin pula, untuk S24 dan S24+ akan menggunakan saiz skrin yang lebih besar sedikit berbanding pendahulunya. Selain itu, S24+ akan dinaik taraf kepada resolusi QHD sekali gus menjadikan skrinnya lebih padat piksel berbanding S24 Ultra.

Dari segi spesifikasi pula, siri ini bakal dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 sama ada untuk versi AS mahupun antarabangsa. Selain itu, memori RAM yang bakal digunakan adalah antara 8GB hingga 12GB dengan pelbagai tahap storan yang berpotensi sehingga 2TB untuk model Ultra.

Samsung turut menafikan yang mereka akan kembali kepada cip Exynos di pasaran tertentu seawal tahun hadapan berikutan kejayaan siri sebelumnya iaitu S23 yang menggunakan Snapdragon.

Akan tetepi, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa model S24 yang lebih rendah akan menggunakan Exynos 2400 terbaharu untuk versi Eropah.

Siri Galaxy S24 boleh mendapat sokongan UWB buat kali pertama serta mendapat paparan yang mempunyai kecerahan yang lebih terang, sehingga 2500 nits. Selain itu, tahap kelajuan pengecasan berada pada tahap yang masih lagi perlahan iaitu 45W dan kelajuan tersebut hanya boleh dapat pada S24 Ultra sahaja.

Perisian

Siri Samsung Galaxy S24 akan menggunakan sama ada One UI 6 atau One UI 6.1 dengan menggunakan versi Android yang terbaharu iaitu Android 14. Selain itu, turut dipertingkatkan tetapan pantas dan default font. 

Samsung kurang memfokuskan ciri perisian eksklusif daripada Google tetapi mengharapkan peningkatan prestasi pada One UI. Selain itu, Samsung juga berminat untuk membawa masuk AI generatif kerana ingin meningkatkan persaingan dengan Google.

Selain itu, terdapat satu lagi perisian yang eksklusif iaitu Panggilan Terjemahan Langsung AI yang telah menjadi sebahagian daripada platform Galaxy AI.

Kamera

Laporan awal mencadangkan peningkatan sederhana pada sensor kamera berbanding tahun lepas dengan mengekalkan lensa 200MP sambil mengoptimumkan pengalaman ke atas peranti tersebut.

Selain itu, turut menggunakan model sensor yang berbeza dengan S23 Ultra iaitu HP2SX. Terdapat juga teknologi Zoom Anyplace yang diperkenalkan oleh Samsung untuk meningkatkan penjejakan video dalam tangkapan anda.

Galaxy S24 Ultra dijangka menggunakan lensa telefoto 50MP 3x. Sensor ini berkemungkinan dapat mengukur pada 1/2.52″ kepada 0.7μm yang mampu meningkatkan 5x tangkapan apabila dizum masuk secara digital.

ISOCELL Zoom dan ISOCELL Zoom Pro dicadangkan sebagai pengganti sensor Sony IMX yang digunakan pada lensa telefoto. Namun, terdapat sedikit kerisauan untuk menggambarkan kanta 5x yang menangkap imej digital 100x tanpa penurunan kualiti.

Harga dan Tarikh Pelancaran

Kenaikan harga yang kecil mungkin berlaku untuk siri S24 disebabkan faktor inflasi yang berlaku dalam industri telefon. Untuk pelancaran pula, berkemungkinan akan berlaku pada pertengahan Januari.

Seorang pegawai Samsung mendakwa siri S24 akan dilancarkan pada 17 Januari 2024 yang berkemungkinan produk ini akan mula dijual di kedai secara fizikal seminggu atau dua minggu selepas pelancaran.

Kesimpulan

Konklusinya, pihak Samsung berharap supaya siri S24 dapat mengulangi kejayaan atau lebih baik berbanding siri sebelumnya iaitu siri S23 supaya ia akan menjadi peranti Android yang bakal diperhatikan oleh pengguna pada masa akan datang.

Anda boleh ketahui ulasan Samsung Galaxy S23 Ultra di SINI.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clk0rig
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clk0rim

{suggest}

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress