Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
humane ai pin

Bukan Sekadar Pin Biasa, Humane Lancar AI Pin Dengan Teknologi ‘Futuristik’

Diterbitkan November 10, 2023 oleh Amalina Athman

Humane kini melancarkan peranti yang dikuasakan sepenuhnya oleh kecerdasan buatan (AI), dipanggil sebagai AI Pin. Bukan sekadar pin biasa, AI Pin dilengkapi dengan sejumlah teknologi canggih.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Galaxy AI Bakal Jadikan Telefon Samsung Lepas Ini Lebih Canggih
  • AI Merundingkan Kontrak Buat Kali Pertama

Dengan rekaan kompak berbentuk segi empat, AI Pin mempunyai berat 34.2g yang didatangkan bersama “battery booster” 20.5g. Menggunakan magnet, peranti ini boleh dilekatkan pada pakaian atau permukaan lain.

Humane AI Pin_3

AI Pin dikuasakan pemproses Snapdragon 8-teras, tetapi tidak dinyatakan jenis cip yang digunakan. Pin ini digandingkan bersama 4GB RAM dan 32GB storan eMMC.

Selain itu, AI Pin hadir dengan ciri seperti pad sentuh, kamera dan projektor kecil terbina.

Untuk kamera, ia mampu merakam imej dan video 13MP melalui lensa ultra-lebar RGB, tetapi memerlukan kemas kini perisian terlebih dahulu.

Humane AI Pin_4

Walau bagaimanapun, pengguna perlu mengaktifkan peranti secara manual dengan menekan atau menyeret pada pad sentuh. Bagi memberikan privasi kepada pengguna, indikator “Trust Light” akan berkelip, menandakan ia sedang menangkap, merakam atau mengumpul data.

Model AI

Tugas utama AI Pin adalah integrasi AI, melalui perisian yang dipanggil AI Mic dan menjalankan model OpenAI GPT-4. Ia boleh mengendalikan pemesejan berasaskan suara, terjemahan bahasa AI dan banyak lagi. Terdapat juga ciri “Catch Me Up“ yang boleh menapis teks dan panggilan untuk menjadikannya sebagai ringkasan.

Humane AI Pin_7

Dengan sistem operasi Cosmos, ia menggabungkan teknologi pintar dan sekuriti yang lebih maju. Ia direka untuk mengarahkan pertanyaan kepada peralatan yang betul secara automatik, berbanding meminta pengguna memuat turun dan menguruskan aplikasi.

Laser Ink Display

AI Pin turut dilengkapi dengan ciri Laser Ink, iaitu projektor kecil yang boleh ditayangkan pada tapak tangan dengan resolusi 720p. Ia akan memaparkan menu, yang mana pengguna boleh berinteraksi melalui gerak isyarat.

Humane AI Pin_Laser Ink
Humane AI Pin_5

Contohnya, angkat atau sengetkan tapak tangan untuk menggunakan Laser Ink. Condongkan tangan untuk berinteraksi dengan paparan, atau tutup tapak tangan untuk balik ke skrin utama.

Lain-lain

AI Pin hadir dengan sokongan pembesar suara terbina, VoLTE, e-Sim, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.1, GPS dan sebagainya.

Ketersediaan

Humane AI Pin_1

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Eclipse, Equinox dan Lunar. AI Pin dijual pada harga bermula $699 (~RM3,302) dan tersedia untuk pasaran AS mulai 16 November 2023.

Sumber: Humane via Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY