Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOSTI AI

AI Merundingkan Kontrak Buat Kali Pertama

Diterbitkan November 9, 2023 oleh ariff bukhari

Buat pertama kalinya, kecerdasan buatan (AI) menunjukkan keupayaan untuk merundingkan kontrak secara autonomi dengan kecerdasan buatan lain tanpa campur tangan manusia.

Satu-satunya yang masih memerlukan manusia adalah menandatangani perjanjian itu.

Keupayaan itu diperlihatkan selepas Firma kecerdasan buatan British, Luminance membangunkan sistem AI berdasarkan model bahasa besar proprietari (LLM) sendiri untuk menganalisis dan membuat perubahan kontrak secara automatik.

LLM adalah sejenis algoritma AI yang boleh mencapai pemprosesan dan penjanaan bahasa tujuan umum.

AI yang dikenali sebagai Autopilot itu dikatakan adalah jauh lebih maju daripada Lumi iaitu bot sembang Luminance seperti ChatGPT.

Menurut Luminance, ia direka untuk bertindak lebih seperti “pembantu juruterbang” undang-undang, membolehkan peguam bertanya dan menyemak bahagian kontrak untuk mengenal pasti sebarang bendera merah dan klausa yang mungkin bermasalah.

“AI boleh membaca kontrak, memulihkan bidang risiko, dan bertindak balas terhadap sebarang perubahan yang dibuat oleh AI rakan niaga. Semua ini dilakukan secara automatik, dengan AI menggunakan pengetahuan daripada perjanjian perniagaan masing-masing sebelum ini dan kedudukan pilihan.” Luminance

Luminance tidak mendedahkan berapa kos untuk membeli perisiannya. Syarikat itu menjualnya dalam bentuk langganan pelan tahunan yang membolehkan pengguna tanpa had mengakses produknya.

Pelanggannya pula termasuklah daripada firma perundingan dan undang-undang.

“Perkembangan terbaru oleh Luminance ini adalah pecah tanah untuk industri undang-undang. Ia akan mempercepatkan proses rundingan, mempercepatkan masa untuk menandatangani dan akhirnya meningkatkan kecekapan seluruh perniagaan.” Connagh McCormick, Penasihat Am proSapient.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Ramai Buat Silap Ni Bila Ambil Gambar Malam, Ni Cara Yang Betul
  • Diskaun Kaw-Kaw, PS5 Berharga RM111 Je Di Platform Ni

Sumber:  CNBC, Luminance

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY