Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cyberpunk 2077 switch 2

Bukan Sekadar Mario Kart—Switch 2 Bawa Cyberpunk 2077 & Banyak Permainan Menarik

Diterbitkan April 3, 2025 · Dikemas kini April 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Nintendo secara rasmi melancarkan Switch 2 malam tadi waktu tempatan di mana beberapa naik taraf yang hadir pada konsol baharu tersebut.

Mungkin ada yang rasa konsol ini tidak berbaloi kerana judul permainan yang ditawarkan kurang menarik. Sehinggakan ada yang mengatakan “game budak-budak”.

Namun, golongan tersebut mungkin perlu tarik balik kata-kata itu.

Ini kerana, bersama dengan tajuk eksklusif seperti Mario Kart World, Switch 2 juga akan menyokong beberapa permainan pihak ketiga yang dinanti-nantikan.

Antaranya ialah Cyberpunk 2077: Ultimate Edition dan Split Fiction, kedua-duanya disahkan sebagai judul pelancaran untuk konsol baharu ini.

Cyberpunk 2077: Ultimate Edition merangkumi permainan asas bersama pengembangan Phantom Liberty, menawarkan pengalaman lengkap di Night City.

Sementara itu, Split Fiction ialah permainan aksi-pengembaraan koperasi dari Hazelight Studios, di mana pemain mengawal dua penulis yang terperangkap dalam dunia ciptaan mereka sendiri. 

Selain itu, beberapa permainan pihak ketiga lain yang disahkan untuk pelancaran Switch 2 termasuk Hitman: World of Assassination, Street Fighter 6, Hogwarts Legacy, Elden Ring Tarnished Edition, Yakuza o Director’s Cut dan banyak lagi akan diumumkan.

Kehadiran judul-judul permainan ini pada hari pelancaran menunjukkan sokongan kukuh daripada pembangun pihak ketiga terhadap Nintendo Switch 2, menjanjikan pelbagai pilihan permainan berkualiti tinggi untuk pemain.

Jadi, siapa kata Switch tak ada game?

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Kenapa PlayStation Portal Tidak Seperti PS Vita Atau Nintendo Switch? Ini Penjelasan Sony
  • Nintendo Switch 2 Rasmi, Akan Tersedia Di Pasaran Bermula 5 Jun 2025
  • Nintendo Tunjuk Cara Sebenar Banteras 'Scalper'

Rujukan: Polygon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY