Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Dan MARii Bersama Mewujudkan Garis Panduan Pengembangan Penggunaan EV Di Malaysia

TNB Dan MARii Bersama Mewujudkan Garis Panduan Pengembangan Penggunaan EV Di Malaysia

Diterbitkan Februari 25, 2022 oleh ariff bukhari

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dalam mewujudkan platform bagi menangani cabaran penggunaan kenderaan elektrik (EV) secara menyeluruh.

Kerjasama dengan agensi utama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu bertujuan membangunkan ekosistem kenderaan elektrik (EV) bagi membolehkan pelaksanaan Mobility as a Service (MAAS) dan inisiatif berkaitan dalam pasaran automotif di Malaysia.

Dengan termeterainya Memorandum Persefahaman ini, ia akan membolehkan TNB mengambil bahagian bersama MARii dalam menubuhkan EV Interoperability Centre (EVIC) di Cyberjaya bagi mewujudkan garis panduan pengembangan penggunaan EV di Malaysia.

Sebelum ini, MARii pernah bekerjasama dengan Sengenics Sdn Bhd bagi membangunkan kit ujian COVID-19 kualitatif dan kuantitatif pertama di dunia untuk digunakan oleh industri.

MARii juga pernah memperkenalkan teknologi sistem pemantauan kesihatan tanpa sentuhan bagi tenaga kerja yang dibangunkan dengan kerjasama G3 Global Berhad.

Sumber: TNB

Baca juga:

  • MARii Dan Sengenics Membangunkan Kit Ujian COVID-19 Untuk Industri Pertama Di Dunia
  • PERODUA Akan Menggunakan Teknologi Saringan Kesihatan Automatik Dari MARii
  • SKMM Bakal Adakan Pameran Teknologi 5G, Dibuka Kepada Umum Pada 20 Dan 21 April Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY