Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buat Pertama Kali, Bilangan EV Kini Atasi Jumlah Kenderaan Petrol Di Norway

Buat Pertama Kali, Bilangan EV Kini Atasi Jumlah Kenderaan Petrol Di Norway

Diterbitkan September 18, 2024 · Dikemas kini September 18, 2024 oleh ariff bukhari

Majlis Maklumat Trafik Jalan Norway (OFV) telah melaporkan negara itu kini mempunyai lebih banyak kenderaan elektrik (EV) di jalan raya mengatasi bilangan kereta petrol.

“Buat pertama kalinya dalam sejarah automotif Norway, kini terdapat lebih banyak kereta elektrik daripada kereta petrol tulen dalam kereta penumpang”

Øyvind Solberg Thorsen, pengarah Majlis Maklumat Trafik Norway OFV.no, menyatakan, Norway kini sedang mengorak langkah pesat ke arah menjadi negara pertama di dunia dengan armada kereta penumpang yang dikuasai oleh kereta elektrik.

Malah beliau menjangkakan dengan kadar sekarang,  perkembangan yang sama mungkin juga berlaku untuk kereta diesel menjelang 2026 nanti.

Menurut laporan itu, dalam tempoh 20 tahun yang lalu, lebih satu juta kereta petrol telah tiada lagi di jalan raya Norway dengan sebahagian besarnya telah digantikan dengan EV.

EV Norway

Berikut ialah gambaran keseluruhan data OFV yang menunjukkan 2,872,652 kenderaan di Norway yang disenaraikan mengikut jenis bahan api, dengan kiraan unit dan bahagian semasa di jalan raya:

  • Diesel: 999,715 – 34.80%
  • Elektrik: 754,303 – 26.26%
  • Petrol: 753,905 – 26.24%
  • Petrol Plug-in Hibrid: 198,707 – 6.92%
  • Hibrid Petrol: 155,307 – 5.41%
  • Hibrid Plug-in Diesel: 9,478 – 0.33%
  • Hibrid Diesel: 896 – 0.03%
  • LPG: 173 – 0.01%
  • Hidrogen: 167 – 0.01%

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Khas "EV" Untuk Kenderaan Elektrik
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Norwegian Road Traffic Information Council

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY