Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kilang BYD

Brazil Hentikan Pembinaan Kilang BYD Selepas Keadaan Pekerja Hidup Seperti ‘Perhambaan’

Diterbitkan Disember 26, 2024 ยท Dikemas kini Disember 26, 2024 oleh ariff bukhari

Pihak berkuasa Brazil telah bertindak menghentikan pembinaan kilang syarikat kenderaan elektrik (EV) China, BYD, selepas mendapati pekerja pembinaan hidup dalam keadaan seperti “perhambaan”.

Sebanyak 163 pekerja diselamatkan di negeri Bahia, dengan dakwaan mereka ditempatkan dalam persekitaran “degradasi”, pasport dan gaji mereka ditahan oleh syarikat pembinaan Jinjiang Construction Brazil.

Pekerja didapati tinggal di kemudahan yang tidak sesuai, termasuk tidur di katil tanpa tilam dan berkongsi bilik mandi dengan 31 orang.

Brazil Hentikan Pembinaan Kilang BYD Selepas Keadaan Pekerja Hidup Seperti ‘Perhambaan’

Keadaan ini dianggap sebagai “kerja paksa” di bawah undang-undang Brazil. Ekoran itu, BYD telah memutuskan hubungan dengan syarikat pembinaan tersebut dan memindahkan pekerja ke hotel.

Kilang itu, yang dirancang untuk beroperasi pada Mac 2025, adalah kilang EV pertama BYD di luar Asia. BYD, salah satu pengeluar EV terbesar dunia, telah memperluaskan operasinya di Brazil, pasaran luar negaranya yang terbesar.

Berkaitan

  • BYD Sealion 7 Dilancarkan, 2 Varian Ditawar Dengan Harga Bermula RM183,800
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Honda Dan Nissan Sahkan Rancangan Penggabungan, Akui Saingan Sengit Dari China

Sumber: MPT

Gambar utama: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY