Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
youtube vanced

YouTube Vanced Umum ‘Persaraan’, Pautan Muat Turun Akan Ditarik Balik

Diterbitkan Mac 14, 2022 · Dikemas kini Mac 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

YouTube Vanced adalah salah satu aplikasi terkenal bagi pengguna Android. Tanpa perlu membayar yuran bulanan YouTube Premium, pengguna Vanced dapat menonton video tanpa iklan serta menikmati pelbagai ciri yang memudahkan tanpa sebarang kos.

Disangka panas ke petang, tapi hujan di tengah hari. YouTube Vanced di akaun Twitter mereka pagi tadi mengumumkan penamatan perkhidmatan mereka. Pautan muat turun di laman sesawang mereka juga akan ditarik balik dalam masa beberapa hari lagi.

youtube vanced tele

Dalam kenyataan di Twitter, mereka tidak mengumumkan sebab penamatan operasi namun melalui saluran Telegram rasmi mereka, Vanced mengakui ia adalah disebabkan hal yang melibatkan undang-undang. Ini bukanlah suatu perkara mengejutkan kerana sudah lama benar Vanced beroperasi secara terang-terangan tanpa sekatan daripada Google sebagai pemilik YouTube.

The Verge melaporkan Google telah menyerahkan surat pemberhentian (cease and desist) kepada pihak Vanced. Wakil Vanced berkata bahawa mereka diminta untuk menukar logo, mengeluarkan semua pautan berkaitan produk YouTube dan lain-lain berkaitan platform itu.

Currently installed versions will work just fine, until they become outdated in 2 years or so.

— Vanced Official (@YTVanced) March 13, 2022

Bagi pengguna sedia ada, Vanced berkata aplikasi mereka masih boleh terus digunakan dan akan hilang fungsi dalam masa sekitar 2 tahun. Ini bermakna tiada lagi kemas kini akan dikeluarkan dan kewajaran versi terakhirnya bergantung pada perubahan YouTube dari masa ke masa.

Jika anda masih menuntut di IPT, anda boleh menggunakan e-mel pelajar untuk mendapat diskaun bagi langganan YouTube Premium.

Baca juga:

  • Sering Dimasukkan Ke ‘Group’ Aneh Dan ‘Scam’ Di Telegram? Ikuti Langkah Ini Untuk Kekal Selamat
  • Tukar Kad Debit Maybank Dengan Pantas? Ini Senarai Cawangan Yang Ada Kiosk Layan Diri
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UM, UiTM Dan UTHM Berkerjasama Kaji Penentuan Waktu Solat Lebih Tepat Di Selangor
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY