Cara Mematikan Ruangan Komentar Pada Youtube

Memulakan Channel pada Youtube sememangnya sangat mengujakan, namun kadangkala komentar yang berunsur negatif dilemparkan oleh pengguna yang lain boleh mengganggu emosi dan secara tidak langsung akan menjatuhkan semangat dalam berkarya.

Kepada anda yang masih baru sebagai "Youtubers" berikut kami kongsikan cara untuk mematikan ruangan komentar pada video yang dimuat naik.

Pertama sekali masuk ke akaun Youtube anda dan klik pada menu Content.



Seterusnya pilih mana - mana video yang ingin dipadamkan komentar.



Pada bajagian video details, pilih menu Show more.



Kemudian klik pada bahagian Comment visibility.



Ubahnya kepada "Disable all comments" dan akhir sekali klik pada tombol Save.



Selesai, maka dengan tiada lagi gangguan sebarang komen pada video tersebut.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan