Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengaktifan Secure2u, Peranti Baharu Perlu Dibuat Di ATM Maybank Bermula 31 Oktober

Pengaktifan Secure2u, Peranti Baharu Perlu Dibuat Di ATM Maybank Bermula 31 Oktober

Diterbitkan Oktober 25, 2023 ยท Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Maybank hari ini memaklumkan semua pengaktifan Secure2u kali pertama dan pengaktifan Secure2u pada peranti baharu perlu dilakukan di mana-mana ATM Maybank, bermula 31 Oktober 2023.

Selain ATM, proses pengaktifan Secure2u juga boleh dilakukan di mana-mana SRM Maybank (dahulunya dikenali sebagai CDM).

Berkaitan

  • Akaun MAE Kini Dikenali MAE Wallet
  • Maybank: Tiada Caj DuitNow QR Dikenakan Kepada Peniaga Buat Masa Ini

Jelas Maybank, pelaksanaan prosedur pengesahan tambahan di ATM adalah untuk mempertingkat langkah keselamatan sedia ada, sejajar dengan piawaian keselamatan terkini Bank Negara Malaysia (BNM).

Jika dah aktifkan Secure2u di aplikasi MAE macam mana? Adakah akan terjejas?

Tidak. Maybank menyatakan jika pengguna telah mengaktifkan Secure2u di MAE, pengesahan transaksi boleh dilakukan seperti biasa. Melainkan jika bertukar kepada peranti baharu, bermula 31 Oktober 2023.

Dah aktif Secure2u di MAE tapi nak tukar ke peranti baharu? Adakah terjejas?

Ya. Sekiranya bertukar kepada peranti baharu bermula 31 Oktober, pengguna perlu mendaftar Secure2u pada aplikasi MAE di peranti baharu. Kemudian, aktifkan Secure2u di ATM Maybank.

Apa jadi kalau tak aktifkan Secure2u di ATM Maybank selepas pendaftaran?

Jika tidak aktifkan Secure2u di ATM Maybank dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran Secure2u di peranti baharu, proses pendaftaran Secure2u di aplikasi MAE perlu dilakukan semula.

Apa yang perlu dibawa untuk aktifkan Secure2u di ATM?

Bawa kad bank.

Tapi saya tak ada mana-mana kad MAE atau Maybank. Hanya ada MAE Wallet?

Jika hanya mempunyai MAE Wallet dan tiada mana-mana kad MAE atau Maybank, daftar Secure2u melalui aplikasi MAE seperti biasa dan ikut arahan pada paparan untuk lengkapkan pendaftaran.

Cara aktifkan Secure2u di ATM

Untuk mendaftar Secure2u melalui aplikasi MAE dan pengaktifan di ATM Maybank, ikut langkah dalam gambar di bawah.

Secure2u ATM Maybank

Untuk semakan status pengaktifan, ia boleh dilakukan melalui aplikasi MAE > Quick Action > Secure2u.

Sekali lagi diingatkan, pengaktifan Secure2u kali pertama dan peranti baharu di ATM Maybank hanya akan berkuat kuasa bermula 31 Oktober 2023. Bermakna, pengguna masih boleh mengaktifkannya seperti biasa sebelum tarikh tersebut.

Sumber: Maybank (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY