Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hati-Hati Dengan Aplikasi MyBNM Palsu

Hati-Hati Dengan Aplikasi MyBNM Palsu

Diterbitkan Oktober 24, 2023 oleh Amal Addin

Pihak Polis Diraja Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah mengeluarkan amaran kepada rakyat Malaysia untuk berhati-hati dengan sebarang maklumat yang diterima sama ada melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp.

Hal ini kerana, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman web dan aplikasi palsu atas nama Bank Negara Malaysia. Modus operandinya ialah mereka akan meminta maklumat perbankan mangsa.

Sebelum ini, Pihak Bank Negara Malaysia pernah menyediakan sebuah aplikasi yang bernama MyBNM yang dikeluarkan pada November 2015. Namun, aplikasi tersebut telah ditamatkan perkhidmatannya pada November 2020. Aplikasi ini juga telah menjadi salah satu medium untuk scammer menjalankan kegiatan mereka.

Selain itu, scammer turut menggunakan kaedah dengan menyamar sebagai pihak LHDN, polis atau bank. Mereka akan telefon mangsa dan meminta mangsa untuk memuat turun aplikasi MyBNM serta mendaftar maklumat perbankan anda dalam aplikasi MyBNM.

Hati-Hati Dengan Aplikasi MyBNM Palsu

Jangan berikan maklumat perbankan anda atau memuat turun sebarang aplikasi “APK” yang mencurigakan. Sentiasa peka dan jangan alpa. Buat semakan terlebih dahulu atau hubungi BNM melalui pautan rasmi  www.bnm.gov.my supaya anda tidak terjerumus ke dalam jerat penjenayah siber.

Ingat, pastikan sahih baru klik. Sekiranya anda tekan link yang palsu, kemungkinan laman web tersebut akan pancing data perbankkan anda (phishing) dan menanam perisian hasad (malware) dalam peranti anda.

Berkaitan

  • Malaysia-Singapura: DuitNow QR Dan NETS Boleh Dipakai Pengguna Kedua-Dua Negara
  • Cara Mencipta "Shortcut" Laman Sesawang Pada "Home Screen" iPhone
  • Inilah Rupa Laman Sesawang Pertama Di Dunia, "World Wide Web"
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Amaran Kepada Pengguna Telegram, Hati-Hati Dengan 4 Laman Palsu Ini

Sumber: Royal Malaysia Police, Sebenarnya.MY, Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY