Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Semak Laporan CCRIS Secara Dalam Talian

BNM Denda Alipay Malaysia RM340,000

Diterbitkan September 26, 2025 oleh ariff bukhari

Pada 19 Jun 2025, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan penalti sebanyak RM340,000 terhadap Alipay Malaysia Sdn. Bhd. (kini AIMY Merchant Services Sdn. Bhd.).

Ia berikutan syarikat itu gagal mematuhi seksyen 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Alipay didapati tidak mengemas kini pangkalan data saringan sekatan dalamannya susulan perubahan pada Senarai Domestik yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan.

Ini telah menyebabkan kelewatan dalam saringan dan pembekuan akaun pelanggan yang tersenarai.

Kegagalan ini membolehkan entiti yang dikenakan sekatan melaksanakan transaksi.

Alipay telah mengambil langkah pemulihan termasuk semakan dasar dan proses dalaman.

BNM telah mempertimbangkan tahap keseriusan ketidakpatuhan, kekurangan perhatian wajar, rekod ketidakpatuhan pertama, serta tindakan pembetulan sebelum mengenakan penalti.

Alipay telah membayar penalti tersebut pada 3 Julai 2025.

Tindakan ini selaras dengan pendekatan penguatkuasaan BNM bagi memastikan pematuhan terhadap dasar AML/CFT dan TFS.

Berkaitan

  • Purata Rakyat Malaysia Guna ATM 2 Kali/bulan, BNM Dapat 36 sen Daripada Setiap Caj RM1 - NUBE
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Alipay+ Voyager Kini Sokong Tempahan Grab Dalam Satu Aplikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY