Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Home of X

Generasi Ke-5 BMW X5 Dilancar, Pertama Dengan 5 Pilihan Rangkaian Kuasa

Diterbitkan Julai 1, 2026 · Dikemas kini Julai 1, 2026 oleh ariff bukhari

BMW Group hari ini secara rasminya memperkenalkan generasi kelima BMW X5 di acara “Home of X” di Spartanburg, Amerika Syarikat.

Model ikonik ini bukan sekadar SUV premium, tetapi menjadi simbol strategi “teknologi terbuka” BMW yang memberi kebebasan kepada pelanggan memilih teknologi pemanduan mengikut keperluan mereka.

Generasi kelima BMW X5 ini hadir dengan lima pilihan rangkaian kuasa iaitu enjin pembakaran dalaman (ICE), elektrik sepenuhnya (EV), hibrid plug-in (PHEV), diesel, dan sel bahan api hidrogen.

Generasi Ke-5 BMW X5 Dilancar, Pertama Dengan 5 Pilihan Rangkaian Kuasa
Kokpit BMW iX5 60 xDrive.

Menerusi varian elektrik sepenuhnya, juga yang pertama dalam siri X5, BMW iX5 menggunakan teknologi eDrive generasi keenam, bateri sel silinder baharu dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dan 800V keupayaan pengecasan dwiarah, membolehkannya memberi jarak gerak sehingga 845 km.

Selain itu, BMW iX5 Hydrogen juga bakal dilancarkan kemudian sebagai kenderaan hidrogen pengeluaran pertama BMW.

Model hidrogen ini dilengkapi sistem sel bahan api kompak generasi ketiga, bateri voltan tinggi inovatif, dan teknologi tangki Hydrogen Flat Storage baharu yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 750 km.

Generasi Ke-5 BMW X5 Dilancar, Pertama Dengan 5 Pilihan Rangkaian Kuasa

Keupayaan ini menjadikan kilang Spartanburg sebagai fasiliti pertama BMW yang mampu menghasilkan satu model dengan lima teknologi berbeza pada satu barisan pemasangan.

Malah, BMW iX5 akan menjadi model elektrik pertama yang dipasang di AS, sekali gus membuka jalan kepada sekurang-kurangnya enam model EV lagi menjelang 2030.

Pelancaran pasaran varian pertama BMW X5 baharu ini dijadualkan pada akhir November 2026, dengan versi elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in menyusul pada awal 2027.

Berkaitan

  • BMW iX3, EV Terbaru Dilengkap Ciri Parkir AI Dikuasakan Snapdragon
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • BMW Dan UM Teroka Potensi Bateri EV Terpakai Untuk Simpanan Tenaga
  • BMW Perkenal Figure 03, Robot Humanoid Untuk Tugasan Lebih Kompleks Di Kilang Kereta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY