Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BMW Perkenal Figure 03, Robot Humanoid Untuk Tugasan Lebih Kompleks Di Kilang Kereta

BMW Perkenal Figure 03, Robot Humanoid Untuk Tugasan Lebih Kompleks Di Kilang Kereta

Diterbitkan Jun 29, 2026 ยท Dikemas kini Jun 29, 2026 oleh ariff bukhari

BMW Group terus memperkukuh strategi automasinya dengan memperkenalkan projek Figure 03 Physical AI di kilang Spartanburg, Amerika Syarikat.

Selepas kejayaan Figure 02 yang membantu menghasilkan lebih 30,000 unit BMW X3, kini Figure 03 dilancarkan untuk tugasan logistik yang lebih kompleks.

Robot humanoid ini dilengkapi ciri baharu seperti komponen keselamatan lembut, pengecasan tanpa wayar, komunikasi audio, serta tangan dengan sensor sentuhan dan kamera tapak tangan bagi meningkatkan ketepatan.

Dalam operasi, Figure 03 akan menyusun komponen tidak tersusun ke dalam troli penjujukan sebelum dihantar secara automatik ke pekerja pemasangan.

Kaedah ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan tetapi juga melindungi pekerja daripada tugas berulang yang membebankan.

BMW Perkenal Figure 03, Robot Humanoid Untuk Tugasan Lebih Kompleks Di Kilang Kereta
BMW Perkenal Figure 03, Robot Humanoid Untuk Tugasan Lebih Kompleks Di Kilang Kereta

Projek ini selari dengan konsep BMW iFACTORY, yang menekankan penggunaan simulasi 3D, perancangan maya, dan sistem AI kualiti (AIQX) untuk memastikan ergonomik, keselamatan, dan mutu produk.

Projek baharu ini berkait rapat dengan transformasi digital pengeluaran di Loji Spartanburg. Dewan 52, tempat varian BMW X3 dan, pada masa hadapan, BMW iX5 elektrik akan dipasang,

BMW melihat robot humanoid sebagai pelengkap kepada automasi sedia ada, khususnya dalam tugas monoton atau berisiko.

Dengan Figure 03, BMW bukan sekadar mempercepatkan proses pengeluaran, tetapi juga menetapkan piawaian baharu dalam integrasi AI fizikal ke dalam industri automotif global.

Berkaitan

  • BMW Rancang Guna Robot Humanoid Di Kilang Pemasangan Kereta Di Jerman
  • BMW Dan UM Teroka Potensi Bateri EV Terpakai Untuk Simpanan Tenaga
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY