Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bluetooth 6.1 Rasmi – Privasi Lebih Kuat, Bateri Lebih Jimat

Bluetooth 6.1 Rasmi – Privasi Lebih Kuat, Bateri Lebih Jimat

Diterbitkan Mei 13, 2025 · Dikemas kini Mei 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Bluetooth SIG telah mengumumkan Bluetooth 6.1, versi terbaru yang memperkenalkan peningkatan penting dari segi privasi dan kecekapan tenaga.

Walaupun ia bukan perubahan besar dari segi nama, ciri baharunya cukup signifikan untuk penggunaan harian.

Antara ciri utama ialah sistem penukaran alamat rawak secara automatik, dikenali sebagai Randomized RPA Updates. Ia membolehkan peranti menukar identitinya secara berkala tanpa ganggu prestasi, sekali gus menyukarkan pihak luar menjejak aktiviti pengguna.

Proses ini dikendalikan terus oleh pengawal Bluetooth, bukan pemproses utama, yang turut membantu menjimatkan bateri di mana ia satu kelebihan besar untuk peranti kecil seperti TWS dan jam pintar.

Bluetooth 6.1 juga memperkenalkan Feature Description Attachments, iaitu mekanisme untuk peranti memberi maklumat lebih jelas tentang ciri yang disokong. Ini menjadikan sambungan antara peranti lebih tepat dan stabil, serta kurangkan masalah ketidakserasian fungsi.

Menariknya, Bluetooth SIG menasihatkan pengeluar supaya tidak menjenamakan produk mereka sebagai “Bluetooth 6.1”, sebaliknya fokus kepada ciri sebenar seperti privasi dipertingkat atau jimat tenaga.

Buat masa ini, kebanyakan peranti masih menggunakan versi Bluetooth 5.x, tetapi sokongan untuk 6.1 dijangka hadir secara berperingkat. Ini bukan revolusi besar, tapi satu langkah ke arah sambungan yang lebih pintar dan selamat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Bluetooth Sambungkan Otak Dan Tulang Belakang, Lelaki Lumpuh Kembali Berjalan
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Pakai EV, Jimat Sampai RM33 Ribu – Kajian Ini Tunjuk Kenapa
  • Perodua X06E – Bukan Sekadar EV, Tapi Projek Masa Depan Negara

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY