Bluetooth Sambungkan Otak Dan Tulang Belakang, Lelaki Lumpuh Kembali Berjalan

Seorang lelaki di Belanda yang lumpuh dalam kemalangan berbasikal kini boleh berjalan semula hasil kemajuan teknologi Bluetooth.

Beliau yang lumpuh selepas mengalami kecederaan semasa kemalangan di China pada tahun 2011 dahulu, Gert-Jan Oskam berusia 40 tahun diberitahu bahawa dia tidak akan berjalan lagi selepas didapati lehernya telah patah.

Tetapi kemajuan teknologi membolehkannya berjalan semula selepas sekumpulan saintis berpangkalan di Switzerland menghasilkan peranti yang menghubungkan otak dengan tulang belakangnya melalui sambungan Bluetooth.

Implan khusus itu dikenali sebagai "jambatan digital". Sejak menerima implan itu, Oskam kini dapat memanjat tangga dan berjalan sehingga 100 meter pada satu-satu masa.

https://www.youtube.com/watch?v=oQyzSZkoYM4

Dalam ujian terdahulu dengan menggunakan antara muka yang berbeza, Oskam juga dapat berjalan, tetapi dengan menghantar isyarat yang dihasilkan oleh komputer ke tulang belakangnya.

Menerusi isyarat yang dihantar secara sekejap-sekejap dengan menekan butang, dia dapat mengambil beberapa langkah pada satu masa, walaupun dalam cara yang hampir menyerupai robot berjalan.

Tetapi kini, elektrod dipasang di dalam otak Okam akan mengenal pasti aktiviti saraf setiap kali dia mahu menggunakan kakinya dan kemudian menukar aktiviti itu menjadi gelombang elektrik sebelum menghantarnya ke satu set elektrod yang ditanam di tulang belakangnya, yang kemudiannya menghasilkan pergerakan yang dikehendaki di kakinya.

Walaupun masih dalam peringkat percubaan,pembangunan jambatan digital ini memberikan harapan yang besar dalam bidang terapi lumpuh.

Pasukan penyelidik ini berharap peranti masa depan akan dapat membantu pesakit memulihkan jenis fungsi lain, seperti kawalan ke atas lengan atau organ dalaman lainĀ  seperti pundi kencing.

{suggest}

Sumber: Mashable