Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Apple_1

Bloomberg: Siri Dalam iOS 27 Akan Dilengkapi Ciri Padam Perbualan Secara Automatik

Diterbitkan Mei 18, 2026 ยท Dikemas kini Mei 18, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dijangka membawa perubahan besar kepada Siri melalui iOS 27, dengan tumpuan utama pada pengalaman seperti chatbot, ciri privasi baharu dan integrasi lebih mendalam dengan Apple Intelligence.

Dalam laporan terbaru Mark Gurman dari Bloomberg, aplikasi kendiri (standalone) Siri ini akan dilengkapi ciri “unik” yang membolehkan sejarah perbualan dipadam secara automatik. Pengguna boleh menetapkan sama ada perbualan dipadam selepas 30 hari, satu tahun, atau kekal tanpa had, bergantung kepada pilihan masing-masing, sama seperti tetapan yang tersedia dalam aplikasi Messages.

Walaupun Siri baharu ini dijangka membawa perubahan besar, ia berkemungkinan akan dilancarkan dengan label beta.

“Versi ujian iOS 27 dalam Apple menggunakan label ini untuk Siri baharu dan turut menyertakan suis (toggle) untuk keluar daripada mod beta Siri. Memandangkan kita hanya tinggal sebulan sebelum WWDC, terdapat kemungkinan besar pendekatan ini akan digunakan dalam versi beta pembangun dan juga ketika iOS 27 dilancarkan pada musim luruh nanti. Ini bermaksud, walaupun selepas penangguhan selama dua tahun (Siri yang dinaik taraf sepatutnya tiba pada 2024), syarikat itu masih boleh menjenamakan ciri baharu ini sebagai belum selesai,” menurut laporan Bloomberg.

Apple sebelum ini pernah menggunakan pendekatan sama ketika memperkenalkan Apple Intelligence, dan pengguna juga dilaporkan akan mempunyai pilihan untuk keluar daripada mod beta sekiranya diperlukan.

Dari sudut teknikal, Siri baharu ini dikaitkan dengan penggunaan model Google Gemini untuk membantu pemprosesan AI. Namun begitu, Apple dilaporkan akan menjalankannya melalui sistem Private Cloud Compute mereka sendiri. Ini bermaksud data pengguna tidak dihantar secara langsung kepada Google dan perbualan juga tidak digunakan untuk melatih model AI pihak ketiga, sekali gus mengekalkan pendekatan privasi Apple.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Bakal Rombak Siri, Jadikan 'Chatbot' Terbina Dalam iOS 27
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Sahkan Siri Dikuasakan Gemini Akan Tiba Hujung Tahun Ini
  • Apple Dijangka Tambah Mod 'Siri' Dalam Aplikasi Camera Menerusi iOS 27
  • Apple Setuju Bayar AS$250 Juta Selesai Tuntutan Saman Berkaitan Dakwaan Iklan Siri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY