Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Intelligence_WWDC

Bloomberg: Apple Akan Perkenal Sistem AI Baharu Sebagai “Apple Intelligence”

Diterbitkan Jun 8, 2024 · Dikemas kini Jun 8, 2024 oleh Amalina Athman

Apple kini sedang bersiap sedia untuk mengumumkan sejumlah ciri kecerdasan buatan (AI) baharu dalam ekosistemnya, dan bahangnya makin dirasai menjelang acara WWDC pada 11 Jun ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Mark Gurman dari Bloomberg melaporkan bahawa sistem AI baharu itu akan diperkenalkan di bawah penjenamaan “Apple Intelligence”, yang jelas membawa kelainan bagi akronim ‘AI’.

Berkaitan

  • Apple Sahkan Acara Tahunan WWDC 2024 Akan Berlangsung Jun Ini
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Ini 10 Ciri AI Baharu Yang Dijangka Hadir Dalam iOS 18
  • Apple Dijangka Perkenal Aplikasi 'Passwords' - Seumpama LastPass, 1Password

Apple Intelligence akan hadir pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS 15. Namun, Gurman berkata keperluan pemprosesan AI bermakna pengguna memerlukan iPhone 15 Pro atau salah satu daripada model iPhone yang dilancarkan tahun ini.

Sekiranya menggunakan iPad atau Mac, ia memerlukan model dengan sekurang-kurangnya cip M1. Apple juga tidak akan memaksa pengguna untuk menggunakan keupayaan baharu itu – akan ditawarkan sebagai opt-in atau pilihan dan meletakkannya sebagai versi beta.

Berbanding teknologi seperti penjanaan imej atau video, Apple dikatakan akan memfokuskan pada ciri-ciri yang mempunyai daya tarikan meluas. Ciri AI Apple akan dikuasakan oleh teknologinya sendiri dan alatan daripada OpenAI. Terdapat juga perkongsian dengan OpenAI untuk menggerakkan bot sembang seperti ChatGPT.

Untuk butiran lanjut mengenai Apple Intelligence atau sistem AI baharu, serta segala penawaran dalam perisian akan datang, nantikan acara WWDC24 yang dijadualkan pada 11 Jun 2024, jam 1.00 pagi.

Sumber: Bloomberg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY