Apple dijangka akan memperkenalkan aplikasi baharu Passwords dalam iOS 18, iPadOS 18 dan macOS 15, menurut laporan Bloomberg. Aplikasi ini bertujuan untuk menyediakan cara yang lebih mudah untuk pengurusan log masuk web dan perisian – seperti aplikasi pihak ketiga 1Password dan LastPass.
{suggest}
Untuk makluman, ciri ‘Passwords’ telah pun tersedia dalam sistem operasi Apple, tetapi tersembunyi di bahagian ‘Settings’ dan bukannya aplikasi khusus. Apple juga telah menawarkan ciri pengurusan kata laluan seperti menyimpan log masuk dan kata laluan, menyokong kod log masuk sekali, dan menawarkan pilihan penjanaan kata laluan terus dalam Safari.
Sama seperti ciri sedia ada, aplikasi Passwords juga akan menggunakan perkhidmatan iCloud KeyChains, iaitu ciri yang membolehkan sync butiran log masuk dan kata laluan merentasi peranti Apple.
Akan tetapi, butiran log masuk mungkin dipisahkan kepada kategori berbeza, seperti akaun, rangkaian Wi-Fi dan Passkeys. Seperti kebanyakan aplikasi pengurusan kata laluan, data boleh diisi secara automatik di laman web dan aplikasi apabila pengguna ingin log masuk.
The software will also work on the Vision Pro headset and Windows computers. And it can support verification codes and serve as an authentication app similar to Google Authenticator.
Apple dijangka mengumumkan aplikasi Passwords, bersama pengenalan iOS 18, ciri AI dan platform perisian lain pada acara WWDC yang akan berlangsung minggu depan.
Sumber: Bloomberg
Rujukan: 9to5Mac