Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18_credit MacRumors

Ini 10 Ciri AI Baharu Yang Dijangka Hadir Dalam iOS 18

Diterbitkan Mei 27, 2024 · Dikemas kini Mei 27, 2024 oleh Amalina Athman

Sebahagian besar acara Worldwide Developers Conference (WWDC) tahun ini dijangka akan menumpukan kepada ciri kecerdasan buatan (AI).

Dalam perkembangan terkini, iOS 18 dan macOS 15 dilapor bakal menawarkan pelbagai ciri AI baharu seperti emoji yang dijana secara automatik, cadangan balas mesej dan e-mel, serta banyak lagi.

Berkaitan

  • Apple Sahkan Acara Tahunan WWDC 2024 Akan Berlangsung Jun Ini
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Melalui surat berita “Power On”, Mark Gurman menjelaskan bahawa strategi AI Apple menekankan penyediaan alat praktikal untuk pengguna biasa, dengan ciri baharu untuk aplikasi teras seperti Safari, Photos dan Notes. Berikut merupakan 10 ciri AI yang dijangka hadir:

  1. Transkripsi memo suara.
  2. Suntingan gambar dengan AI.
  3. Cadangan balas untuk e-mel dan mesej secara automatik.
  4. Tambah baik carian web Safari.
  5. AI generatif untuk emoji – Emoji yang dijana secara automatik berdasarkan kandungan mesej pengguna, menyediakan custom emoji di luar katalog sedia ada.
  6. Interaksi lebih semula jadi dengan Siri.
  7. Carian yang lebih pantas dan dipercayai dalam Spotlight.
  8. Smart recaps – ringkasan bagi notifikasi atau mesej teks yang terlepas, halaman web, artikel berita, dokumen, nota dan bentuk media lain.
  9. Versi Siri lebih maju untuk Apple Watch, dioptimumkan untuk “tugasan on-the-go“.
  10. Alatan pembangun untuk Xcode.

Dalam pada itu, Gurman berkata Apple sedang mempertimbangkan untuk “memasarkan” keupayaan AI sebagai pratonton, sekurang-kurangnya dalam versi beta pembangun sebelum pelancaran rasmi pada September – menunjukkan bahawa pembangunan teknologi itu masih belum siap sepenuhnya.

Sumber: Power On Bloomberg
Rujukan: MacRumors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY