Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_kredit GQ Espana

BlackRock Dilaporkan Melarang Kakitangannya Bawa iPhone Ke China

Diterbitkan Julai 25, 2025 · Dikemas kini Julai 25, 2025 oleh ariff bukhari

BlackRock Inc., pengurus aset terbesar dunia, telah mengarahkan kakitangannya yang melakukan perjalanan perniagaan ke China supaya tidak membawa peranti rasmi syarikat seperti iPhone, iPad atau komputer riba.

Sebaliknya, mereka perlu menggunakan telefon sementara dan tidak dibenarkan mengakses rangkaian syarikat melalui VPN.

Dasar baharu ini berkuat kuasa 16 Julai ekoran kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan syarikat global terhadap keselamatan data dan risiko geopolitik di China.

Arahan ini tiba selepas insiden melibatkan sekatan perjalanan terhadap kakitangan perbankan oleh kerajaan China, termasuk seorang pegawai kanan Wells Fargo dan seorang pekerja Jabatan Perdagangan AS.

Ketegangan antara AS dan China, bersama undang-undang keselamatan data yang ketat sejak 2021, memaksa syarikat global menyesuaikan operasi dan meningkatkan pemisahan data antara cawangan China dan operasi global.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Kerajaan Pertimbang Wajibkan Pengiklan Media Sosial Sahkan Identiti, Bendung Penipuan Dalam Talian
  • Siri HUAWEI Pura 80 Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4,599

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY