Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial

Kerajaan Pertimbang Wajibkan Pengiklan Media Sosial Sahkan Identiti, Bendung Penipuan Dalam Talian

Diterbitkan Julai 24, 2025 oleh Amsyar Latif

Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan semua pengiklan di platform media sosial mengesahkan identiti mereka, sebagai sebahagian daripada usaha membanteras penipuan dalam talian yang semakin meningkat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini dalam proses merangka undang-undang kecil termasuk pembangunan kod keselamatan dalam talian, menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Teo berkata MCMC sedang meneliti langkah-langkah yang telah dilaksanakan di negara seperti Singapura dan Taiwan, dan akan memasukkan pendekatan yang berkesan ke dalam kod keselamatan dalam talian yang sedang dibangunkan.

Langkah ini diambil berikutan lonjakan kes penipuan dalam talian.

Dalam empat bulan pertama 2025, lebih 32,000 kandungan berkait penipuan telah dipadam dengan kerugian hampir RM800 juta. Sehingga 15 Julai, jumlah itu meningkat kepada lebih 46,000 kandungan.

Kerajaan juga giat bekerjasama dengan platform seperti Facebook, Instagram dan TikTok untuk membuang kandungan penipuan pelaburan, perjudian dalam talian dan jualan produk tidak berdaftar.

Namun, tiada platform media sosial yang pernah didakwa di mahkamah Malaysia setakat ini kerana kandungan iklan penipuan yang disiarkan oleh pengguna pihak ketiga.

Berkaitan

  • Grup Tidak Senonoh Di Facebook Bukti Kita Bertindak Lambat - Masa Untuk Kawal Selia Media Sosial Lebih Serius
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Pengaruh Media Sosial Makin Kuat Dalam Keputusan Pembelian Rakyat Malaysia

Sumber: The Edge Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY