Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 3 Pro Mendapat Skor Tertinggi AnTuTu Dengan Melebihi 620,000

Black Shark 3 Pro Mendapat Skor Tertinggi AnTuTu Dengan Melebihi 620,000

Diterbitkan Februari 26, 2020 oleh Amalina Athman

Black Shark semakin bersedia untuk melancarkan model terbaru telefon pintar gaming iaitu siri Black Shark 3. Model ini akan menjalankan cip terkini Qualcomm iaitu Snapdragon 865 dengan sambungan 5G.

Seperti yang sedia tahu, model Black Shark sentiasa dikenali sebagai model yang terbaik dan model akan datang juga masih mengekalkannya. Berdasarkan satu kiriman, skor penanda aras AnTuTu bagi Black Shark 3 Pro telah dikongsikan.

Skor AnTuTu Black Shark 3 Pro
GizmoChina

Satu tangkap layar bagi jumlah skor telefon pintar gaming telah dikongsikan oleh CEO Black Shark di laman web Weibo. Peranti ini dikenalpasti sebagai blackshark SHARK MBU-A0 dan menerusi kemunculan di GeekBench, ia adalah Black Shark 3 Pro.

Peranti tersebut memperoleh skor 620,952 yang merupakan skor tertinggi pernah direkodkan penanda aras AnTuTu setakat ini. Terdahulu, iQOO 3 pernah merekodkan 597,583 markah dan ASUS ROG Phone 2 dengan skor 507,051.

Walaupun iQOO 3 dan siri Black Shark 3 menjalankan cip pemprosesan yang sama seperti peranti flagship Xiaomi Mi 10, clockspeed adalah jauh lebih baik berbanding Mi 10.

Black Shark 3 dan 3 Pro akan dilancarkan secara dalam talian pada 3 Mac ini. Ini bermakna, maklumat lanjut mengenai peranti yang dikuasakan cip Snapdragon 865 akan diketahui tidak lama lagi.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY