Menurut Luo Shao yang merupakan CEO Black Shark, syarikat tersebut sedang berusaha untuk seimbangkan kapasiti bateri dan kuasa pengecasan bagi peranti tersebut. Dalam kata lain, proses yang teliti sedang dilakukan untuk memastikan kadar pengecasan adalah baik.
Memandangkan Black Shark 3 akan menyokong rangkaian 5G, tekanan pada bateri adalah ketara. Oleh itu, syarikat itu merancang untuk meningkatkan kapasiti bateri dan kadar pengecasan serta kitaran hayat yang lebih baik bagi peranti tersebut.
Selain itu, eksekutif kanan syarikat tersebut turut memulakan pengundian mengenai kombinasi kadar penyegaran, kapasiti bateri dan kitaran hayat yang lebih disukai pengguna dalam peranti gaming. Beliau menawarkan empat pilihan kombinasi yang berbeza.
Sebuah syarikat biasanya tidak akan menawarkan pilihan dengan spesifikasi yang lebih besar daripada apa yang akan ditawarkan. Jadi, Black Shark 3 mungkin akan menawarkan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Tambahan pula, laporan yang tertiris telah mendedahkan bahawa peranti gaming ini akan menyokong dwi-mod SA dan NSA 5G. Bagi paparan skrin, ia dijangka akan didatangkan dengan resolusi 2K dan kadar penyegaran 120Hz.
Bagi pelancaran Black Shark 3, disebabkan penularan wabak Covid-19 yang berterusan, peranti ini akan dilancarkan melalui acara dalam talian. Namun, tarikh pelancaran peranti ini masih belum diketahui.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- ASUS ROG Phone 3 Sah Akan Dilancarkan Pada 22 Julai Ini
- Semua Perkhidmatan Rel Rapid KL Beroperasi 4.00 Pagi, 31 Ogos Ini
- Bukan UFS 4.0, Semua Varian OnePlus 12R Disahkan Guna Storan UFS 3.1
- BSN: Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Akan Dikreditkan Bermula 26 Jun
- 31,092 Kad Sim Terjual Dalam Tempoh Sebulan Pelancaran Pakej Perpaduan - Fahmi
- Mahu Menang OPPO Reno4 Dan Enco W31? Boleh Ikuti Langkah Ini
- Axiom Space Dengan Kerjasama SpaceX Akan Bawa 3 "Pelancong" Ke Angkasa
- Pelbagai Produk AIoT realme Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember Ini
- Kuo: Isu Kepanasan Melampau iPhone 15 Pro Tidak Berkait Dengan Cip 3nm TSMC
- Samsung Dilapor Akan Jual Telefon Tanpa Kabel USB-C Dalam Kotak, Bermula 2023