Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Berpindah Ke Malaysia Atau Dibuang Kerja, 50 Pekerja Kontrak Amazon Di Jepun Dilaporkan Diberi Kata Dua

Berpindah Ke Malaysia Atau Dibuang Kerja, 50 Pekerja Kontrak Amazon Di Jepun Dilaporkan Diberi Kata Dua

Diterbitkan Oktober 22, 2026 oleh ariff bukhari

Kira-kira 50 pekerja sebuah syarikat kontraktor yang mengendalikan khidmat pusat panggilan untuk Amazon di Jepun dilaporkan kehilangan pekerjaan selepas diberi pilihan sama ada berpindah ke Malaysia atau ditamatkan perkhidmatan mereka.

Kes tersebut melibatkan anak syarikat Jepun milik Tech Mahindra, yang dilaporkan sedang menghentikan operasi pusat panggilannya di negara itu.

Menurut bekas pekerja yang terjejas, mereka dimaklumkan bahawa jawatan sedia ada akan dipindahkan ke Malaysia.

Mereka yang enggan berpindah dilaporkan terpaksa menerima pemberhentian kerja.

Keadaan ini sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja yang mendakwa peluang untuk terus bekerja di Jepun tidak diberikan secara munasabah.

Selain isu kehilangan pekerjaan, pekerja terbabit turut mendakwa berdepan kelewatan menerima dokumen penting selepas penamatan perkhidmatan.

Kelewatan tersebut dikatakan menyukarkan mereka memohon faedah pengangguran serta menuntut beberapa manfaat berkaitan insurans kesihatan.

Kes ini turut mendapat perhatian Tokyo Union, yang mewakili sebahagian pekerja terlibat.

Kesatuan itu dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan pihak syarikat bagi mengekalkan peluang pekerjaan di Jepun, namun usaha tersebut tidak mencapai persetujuan.

Sementara itu, Tech Mahindra memaklumkan bahawa perbincangan dalaman masih berlangsung dan syarikat belum dapat memberikan ulasan lanjut mengenai dakwaan yang dibangkitkan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • EA Tutup Studio Bioware, 400 Pekerja Bakal Terjejas
  • Bekalan Logam Yttrium Terhenti Ancam Industri Semikonduktor Dan Elektronik Jepun

Terbaru

  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksanakan
  • Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99
  • "Iron Man" Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000
  • Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi - Tabung Haji
  • Google Maps Di Apple CarPlay Kini Mula Terima Gemini AI
  • Bekalan Logam Yttrium Terhenti Ancam Industri Semikonduktor Dan Elektronik Jepun
  • Claude Duet Boleh Terus Buat Kerja Walaupun Komputer Dimatikan
©2026 WISER.MY