Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bermula Dengan League Of Legends, Kini Bersatu Di Jenjang Pelamin

Bermula Dengan League Of Legends, Kini Bersatu Di Jenjang Pelamin

Diterbitkan Mac 13, 2020 · Dikemas kini Mac 14, 2020 oleh Amalina Athman

Anda mungkin tidak pernah menyangka pertemuan pertama di kafe siber, mampu berputik selama lima tahun dan berakhir ke jenjang pelamin. Itulah yang terjadi pada Khamirul Azuan Kamaruddin dan pasangannya, Ameerah Idros.

Bermula Dengan League Of Legends, Kini Bersatu Di Jenjang Pelamin

Melalui detik awal perkenalan, mereka bertemu di sebuah kafe siber dimana pada ketika itu Khamirul sedang bermain League of Legends yang juga permainan kegemaran Ameerah. Ketika itu, beliau masih menuntut di sebuah universiti dan isterinya ditugaskan untuk mencari pemain menjadi seorang pro melalui program inisiatif Garena.

Dalam program tersebut, beliau banyak mengikut dan membantu Ameerah. Cinta antara mereka mula berputik selepas bermain ‘truth or dare’. Ketika rakan-rakan bertanya crush isterinya, Ameerah menunjuk ke arah Khamirul.

“Waktu itu tanya siapa crush dia, dan dia tunjuk ke arah saya. Terkejut juga masa itu.” jelas Khamirul. 

Bermula Dengan League Of Legends, Kini Bersatu Di Jenjang Pelamin

Perkara ini tidak berakhir di situ sahaja, Ameerah meluahkan perasaan kepada beliau dan mereka semakin rapat serta mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada 7 Mac yang lalu.

Selamat pengantin baru kami ucapkan pada pasangan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY