Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ufotable Dedah Cabaran Teknologi Di Sebalik  Animasi Demon Slayer: Infinity Castle

Ufotable Dedah Cabaran Teknologi Di Sebalik Animasi Demon Slayer: Infinity Castle

Diterbitkan Januari 13, 2026 · Dikemas kini Januari 13, 2026 oleh ariff bukhari

Ufotable, studio disebalik filem animasi Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Infinity Castle menampilkan seni animasi yang digelar “tidak terkawal”.

Arc ini membawa penonton menyaksikan pertarungan  sengit antara Hashira dan Upper Moons.

Namun, disebalik kesan visual menakjubkan yang ditonjolkan dalam filem itu, Ufotable menekankan bagaimana gabungan pencahayaan, sudut kamera, gabungan animasi 2d dan 3D serta pergerakan dinamik untuk setiap adegan memerlukan kuasa perkomputeran yang sangat besar untuk menyempurnakannya.

Ufotable Dedah Cabaran Teknologi Di Sebalik  Animasi Demon Slayer: Infinity Castle

Salah satunya melibatkan cabaran teknikal, termasuk bagaimana mereka mencipta suasana Infinity Castle yang seolah-olah tiada penghujung.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Pengarah Sinematografi Demon Slayer, Yuichi Terao, yang mendedahkan bahawa anggaran awal ujian teknikal menunjukkan proses yang diperlukan komputer untuk merender sepenuhnya Infinity Castle boleh mengambil masa sehingga 10 tahun.

Ufotable Dedah Cabaran Teknologi Di Sebalik  Animasi Demon Slayer: Infinity Castle
Infinity Castle digambarkan sebagai ruang gergasi yang sentiasa berubah, dipenuhi bilik tanpa penghujung, tangga berlapis serta seni bina yang menentang graviti. Ia menggabungkan teknik lukisan tangan dan digital.

Anggaran 10 tahun itu dibuat sebelum sebarang pengoptimuman besar dilaksanakan.

Walaupun filem tersebut tidak pernah dirancang mengambil masa selama itu, angka berkenaan menunjukkan tahap kerumitan projek ini.

Bagi memastikan ia kelihatan benar-benar “infiniti” di layar perak, studio Ufotable banyak bergantung kepada latar belakang 3D berkualiti tinggi, pergerakan kamera yang kompleks serta gabungan lancar dengan watak 2D.

Ufotable Dedah Cabaran Teknologi Di Sebalik  Animasi Demon Slayer: Infinity Castle

Tapi, dengan penambahbaikan peralatan, aliran kerja dan kuasa pemprosesan, Ufotable berjaya melonjakkan teknologinya untuk menghidupkan Infinity Castle.

Filem ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle‘ telah dicalonkan untuk Anuegrah Golden Globe bagi kategori Filem Animasi Terbaik.

Namun, filem ini tewas di tangan animasi 2025 paling popular Netflix, KPop Demon Hunters.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY