Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Berita Baik Bagi Peminat Harry Potter, Permainan Video RPG Siri Popular Berkenaan Sedang Dibangunkan

Berita Baik Bagi Peminat Harry Potter, Permainan Video RPG Siri Popular Berkenaan Sedang Dibangunkan

Diterbitkan Oktober 3, 2018 oleh Haikel Areff

“Expecto patronum!”, “Expelliarmus!”, “Riddikulus!”

Peminat Harry Potter pastinya pernah mendengar kata-kata ‘jampi’ di atas bukan? Tidak lama lagi, mungkin jampi-jampi ini akan digunakan oleh anda sendiri untuk menentang musuh-musuh jahat dalam dunia Hogwarts anda sendiri.

Ini kerana satu permainan video kelas triple-A dikatakan sedang dibangunkan secara senyap-senyap ketika ini. Ia menjadi bualan di internet selepas beberapa video yang didakwa daripada permainan video Harry Potter telah tersebar.

Footage for an unannounced Harry Potter open-world action RPG has leaked:https://t.co/HfSEWTmShd pic.twitter.com/DKFUaAInrQ

— Ryan T. Brown 🎮🩷 (@Toadsanime) October 2, 2018

Kiriman daripada @Toadsanime di atas merupakan potongan daripada video yang tertiris di internet sebelum ini. Namun, video penuh berkenaan telah dibawa keluar oleh pihak Warner Bros. dari laman YouTube.

Salah seorang pengguna laman Reddit yang mengirimkan video tersebut buat kali pertama berkata, dia dan rakannya telah didekati oleh beberapa orang ketika berjalan-jalan di sebuh pusat membeli-belah.

Mereka kemudian menawarkan dia dan rakannya sedikit wang untuk menonton video gameplay sebuah permainan video(Harry Potter) dan diminta untuk memberikan pandangan mengenainya.

Berita Baik Bagi Peminat Harry Potter, Permainan Video RPG Siri Popular Berkenaan Sedang DibangunkanLagi potongan dari video asal (Kredit : The Verge)

Pengguna Reddit itu berjaya menyeludup masuk telefon pintarnya ke dalam bilik tayangan dan merakam video tersebut sebelum memuat-naik di laman Reddit-nya.

Sekiranya ia adalah benar(dan tolonglah ia benar), ini pasti menjadi satu permainan yang akan ditunggu-tunggu oleh ramai pihak terutamanya peminat tegar siri popular berkenaan. Tidak sabar rasanya untuk menjelajah dunia fantasi kegemaran ini nanti.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY