Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Berdosa ‘Troll’ Guna Ayat Al-Quran – Mufti WP

Berdosa ‘Troll’ Guna Ayat Al-Quran – Mufti WP

Diterbitkan Mei 27, 2024 · Dikemas kini Mei 27, 2024 oleh Amalina Athman

Tindakan troll kebiasaannya dilakukan oleh individu yang sengaja meninggalkan mesej menyinggung perasaan di ruangan internet, sama ada untuk hiburan, meraih perhatian awam atau menimbulkan masalah.

Perlakuan seperti ini bukanlah perkara baharu dalam dunia maya bahkan ia telah menular dalam kalangan masyarakat. Namun, menjadi satu kebimbangan apabila tabiat buruk ini dikaitkan dengan perkara-perkara agama sehingga sampai kepada tahap mempersendakan agama.

Sebagai contoh, ada individu yang melakukan troll menggunakan ayat al-Quran seperti menulis dalam bahasa rumi atau inggeris. Dari segi hukumnya pula bagaimana?

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Haram Beli Atau Langgan Waranti Lanjutan, Ini Penjelasan Mufti

Melalui jawapan yang disiarkan di portal Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggunakan ayat al-Quran sebagai suatu bentuk troll adalah berdosa kerana merupakan satu bentuk penghinaan terhadap al-Quran walaupun dilakukan atas tujuan hiburan.

Berdosa ‘Troll’ Guna Ayat Al-Quran – Mufti WP
Berdosa ‘Troll’ Guna Ayat Al-Quran – Mufti WP

 

Malah, perbuatan seperti ini juga tidak boleh dipandang enteng kerana boleh jatuh hukum kufur jika jelas dengan tujuan menghina al-Quran.

Justeru itu, pengguna seharusnya menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak serta mempamerkan adab dan akhlak seorang muslim – sama ada di platform media sosial mahupun dunia nyata.

Selain itu, trend-trend yang “tidak sihat” seperti ini juga sewajarnya tidak diikuti kerana boleh memberikan implikasi buruk pada agama.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY