Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI untuk Rakyat

Belum Tahu Apa itu AI? Jom Sertai Program AI Untuk Rakyat, Percuma, Cepat Dan Mudah

Diterbitkan Mei 16, 2024 · Dikemas kini Mei 17, 2024 oleh ariff bukhari

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ‘Kecerdasan Buatan’ – Artificial Intelligence (AI), kerajaan telah mewujudkan satu program khas yang dipanggil sebagai AI Untuk Rakyat.

Program ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang AI kepada semua lapisan masyarakat, meliputi pelajar, ibu bapa yang tinggal di rumah, profesional dalam apa jua bidang, warga emas dan sesiapa sahaja yang berminat untuk membelajari dan ingin membina ‘Minda Digital’.

Tersedia dalam 4 bahasa, Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil, tapi keseluruhan kandungan dalam program ini juga direka serasi dengan pelbagai aplikasi cakap balik (talkback) untuk menjadikannya boleh diakses sepenuhnya oleh orang kurang upaya penglihatan.

AI untuk Rakyat

Program ini dibahagikan kepada dua bahagian: AI Aware, dan AI Appreciate. Kedua-dua bahagian boleh disiapkan dalam masa kira-kira empat jam sahaja.

Program AI Untuk Rakyat ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu AI Aware, dan AI Appreciate termasuklah yang berikut:

  • Pemahaman asas AI, aplikasinya, dan mitos serta salah tanggapan tentang AI.
  • Pengetahuan tentang domain utama AI – Computer Vision (Visi Komputer), Natural Language Processing (Pemprosesan Bahasa Semula Jadi) dan Statistical Data (Data Statistik); kesannya terhadap pelbagai industri, AI Ethics (Etika AI) dan prinsip AI yang bertanggungjawab.

Apa yang menariknya adalah kedua-dua bahagian ini boleh disiapkan dalam masa kira-kira empat jam sahaja.

AI untuk Rakyat
Contoh soalan kuiz dalam program AI Untuk Rakyat.
Suka dinyatakan di sini bahawa menyertai program AI Untuk Rakyat bukanlah menjadikan anda seorang yang mahir dengan teknologi AI, tetapi program yang disediakan kerajaan ini adalah lebih kepada mendedahkan anda lebih lanjut tentang AI dan menjadi cukup yakin untuk bercakap tentang teknologi ini yang dianggap sebagai kuasa yang boleh memacu masa depan.
Belum Tahu Apa itu AI? Jom Sertai Program AI Untuk Rakyat, Percuma, Cepat Dan Mudah
Anda akan menerima lencana ini seepas menyelesaikan kuiz dalam program ini
Belum Tahu Apa itu AI? Jom Sertai Program AI Untuk Rakyat, Percuma, Cepat Dan Mudah

Cara daftar program AI Untuk Rakyat

Untuk menyertai program ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu menggunakan alamat emel atau nombor telefon.

AI untuk Rakyat
AI untuk Rakyat
AI untuk Rakyat

Jadi, jom belajar dan ketahui asas informasi tentang teknologi AI dengan menyertai program AI Untuk Rakyat.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY