Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone first gen

Belum Pernah Dibuka Kotak, iPhone Generasi Pertama Dilelong Lebih RM158,000

Diterbitkan Ogos 25, 2022 oleh Amalina Athman

Dilancarkan pada 2007, iPhone Generasi Pertama ini dikhabarkan telah berjaya dijual dengan harga $35,414 atau kira-kira RM158,406 melalui lelongan di laman web RR Auction yang berakhir pada 18 Ogos 2022. Lebih menarik lagi, iPhone generasi pertama itu belum pernah dibuka kotak.

iphone first gen_2

Mengimbas kembali, iPhone pertama atau juga dikenali sebagai iPhone 2G merupakan model pertama iPhone yang dipasarkan oleh Apple pada tahun 2007. Bernombor model A1203, ia dimuatkan dengan paparan skrin sentuh bersama 8GB storan, 2MP kamera, Bluetooth 2.0 dan sebagainya.

Belum Pernah Dibuka Kotak, iPhone Generasi Pertama Dilelong Lebih RM158,000

Ketika pelancarannya, iPhone ini dijual dengan tanda harga $499 (~RM2232) bagi varian storan 4GB dan $599 (~RM2679) bagi 8GB storan dalaman.

Kini, pada tahun 2022, iPhone generasi pertama dengan 8GB storan yang masih berbungkus, telah dijual melalui lelongan dengan harga $35,414 (~ RM158,406).

Berkaitan

  • Aplikasi Terbina Apple Ini Boleh Dipadam Pada iOS 16.1
  • Acara Apple Sah Akan Berlangsung Awal September, Dijangka Perkenal Siri iPhone 14

Dalam pada itu, bagi anda yang mengikuti perkembangan terkini iPhone, Apple dijadual bakal memperkenalkan siri terbaharu iPhone melalui acara yang akan berlangsung pada 7 September nanti.

Sumber: RR Auction

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY