Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belum Keluar iPhone 15, Ura-Ura Kata iPhone 16 Pro Akan Dilengkapi Face ID Bawah Skrin

Belum Keluar iPhone 15, Ura-Ura Kata iPhone 16 Pro Akan Dilengkapi Face ID Bawah Skrin

Diterbitkan Januari 10, 2023 · Dikemas kini Januari 10, 2023 oleh Amalina Athman

Memetik laporan The Elec, iPhone 16 Pro akan menampilkan teknologi Face ID bawah skrin, bagi membolehkan penggunaan paparan yang maksimum.

Berkaitan

  • Ura-Ura: Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Dijangka Hadir Pada iPhone 15 Pro
  • iPhone 15 Dilapor Sudah Memasuki Fasa Ujian Pembangunan Awal

Sumber itu menyatakan Apple akan mengalihkan komponen yang diperlukan untuk Face ID terus ke bawah paparan iPhone pada tahun 2024. Apabila tidak digunakan, ia akan kelihatan seperti paparan biasa.

Sebagai tambahan, laporan itu turut menjelaskan bahawa lubang pada paparan yang menempatkan kamera swafoto akan kekal pada iPhone 16 Pro, tetapi keseluruhan kawasan paparan akan dipertingkatkan.

Dinyatakan juga, sebaik sahaja Apple melaksanakan teknologi ‌Face ID‌ di bawah paparan, ia akan menggunakan kamera bawah panel (UPC) untuk masa akan datang, sekali gus menghapuskan semua potongan paparan yang ada pada ‌iPhone‌ ketika ini.

Bagaimanapun, mengambil kira iPhone 15 belum lagi dilancarkan, masih terlalu awal untuk mengesahkan khabar mengenai ciri baharu yang bakal hadir pada iPhone 16 Pro itu.

Di sisi yang lainnya, seperti yang dilaporkan sebelum ini, keempat-empat model dalam barisan iPhone 15 dijangka hadir dengan ciri Dynamic Island.

Sumber: The Elec

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY