Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UDN Foxconn

iPhone 15 Dilapor Sudah Memasuki Fasa Ujian Pembangunan Awal

Diterbitkan Januari 9, 2023 oleh Amalina Athman

iPhone 15 kini dilaporkan sudah memasuki peringkat ujian pembangunan awal oleh Foxconn. Menurut laporan Economic Daily News, Foxconn telah menerima arahan untuk memulakan “pengeluaran percubaan mesin baharu” untuk iPhone 15 dan pengenalan produk baharu (NPI) untuk peranti tersebut.

Berkaitan

  • Kuo: Hanya Model iPhone 15 Pro Dijangka Menyokong USB-C Berkelajuan Tinggi
  • Siri iPhone 15 Mungkin Akan Dibina Dari Salah Satu Bahan Terkuat Di Dunia
  • Cip A17 Bionic Untuk Siri iPhone 15 Lebih Fokuskan Hayat Bateri Daripada Prestasi
  • Ura-Ura: Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Dijangka Hadir Pada iPhone 15 Pro

Proses ini berlaku sebelum iPhone 15 dijangka memasuki pengeluaran besar-besaran lewat tahun ini, di mana ia bertujuan untuk memperkenalkan reka bentuk khusus dan keperluan pengeluaran peranti kepada Foxconn.

Sebagai tambahan, laporan itu juga menyatakan bahawa NPI iPhone 15 tahun ini sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, disebabkan jurang antara masa pengeluaran besar-besaran iPhone di China dan India akan dikecilkan.

Seperti sedia maklum, Apple dijangka melancarkan siri iPhone 15 pada September 2023. Barisan ‌iPhone 15‌ ini dijangka akan menampilkan empat model, termasuk ‌iPhone 15‌, ‌iPhone 15‌ Plus, ‌iPhone 15‌ Pro dan ‌iPhone 15‌ Ultra.

Setakat ini, ura-ura mengatakan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Ultra akan dilengkapi dengan bingkai titanium, butang solid-state haptik, USB-C dengan kelajuan pemindahan yang lebih pantas dan sebagainya.

Sementara itu, dua model asas diramalkan hadir dengan Dynamic Island yang ketika ini hanya ditawarkan untuk iPhone 14 Pro dan Pro Max, USB-C dengan kelajuan sama seperti Lightning, serta berkemungkinan kamera 48MP.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: Economic Daily News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY