Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
playstation 5 pro

Beli PS5 Sekarang Dan Berpeluang Menang Baucar RM4,500

Diterbitkan Januari 17, 2023 · Dikemas kini Januari 17, 2023 oleh Firdaus

Pembaca di luar sana berpeluang untuk memenangi hadiah menarik melalui peraduan The Year of Play. Pelanggan yang membeli PS5 atau PS5 Digital Edition akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Bagaimana Untuk Menyertai?

Bermula 10 Januari hingga 28 Februari ini, peserta perlu membeli PS5 dari stor fizikal atau stor atas talian dengan 1 tahun jaminan dilekatkan pada pakej.

Selepas itu, aktifkan konsol dengan sambungan internet dan log masuk ke akaun PlayStation Network (PSN) dalam tempoh peraduan ini.

Seterusnya, lengkapkan borang penyertaan yang berada di laman sesawang peraduan ini. Peserta hendaklah menyertakan sekali nombor siri dan model PS5 yang dibeli.

Tetapi peserta perlu ingat bahawa setiap ID PSN dan nombor siri hanya boleh digunakan sekali sahaja. Dan pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan terbaik yang dihantar.

Hadiah Yang Ditawarkan

Hadiah Utama – 10 pemenang akan mendapat hadiah Kad eGift ALL IT bernilai RM4,500.

Hadiah Kedua – 40 pemenang akan layak memenangi PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM2,250.

Hadiah ketiga – 100 pemenang akan dipilih dan mendapat Kad Gift PlayStation Store bernilai RM450.

Senarai pemenang akan diumumkan di laman sesawang kempen peraduan bermula 22 Mac, 2023 ini.

Berkaitan

  • Razer Sokong Pembayaran Melalui Apple Pay
  • Ramai Tak Beli PC Pada Tahun 2022, Ini Sebabnya
  • Selepas 2 Tahun Menanti, Hogwarts Legacy Bakal Dilancarkan Pada Tarikh Ini
  • Sensor 200MP Samsung Baharu, ISOCELL HP2 Sudah Mula Dikilangkan
  • BSN: Perkhidmatan Perbankan Internet MyBSN Alami Gangguan Sementara

Sumber: Siaran Akhbar PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY