Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bazar Ramadan Rahmah

Pembaziran Makanan Di Malaysia Meningkat Kepada 19,000 Tan Di Bulan Ramadhan

Diterbitkan April 6, 2023 oleh ariff bukhari

Ketibaan bulan Ramadhan sangat dinanti-nantikan umat islam kerana kelebihan yang ditawarkan dlam bulan ini.

Selain daripada rahmat dan pahala berganda-ganda khusus untuk umat islam, tetapi rahmat yang diturunkan meliputi semua masyarakat meliputi pelbagai agama dapat merasainya sebagai contoh kewujudan bazaar Ramadhan.

Bazaar Ramadhan menawarkan pelbagai jualan makanan dan minuman yang sangat banyak sebagai kemudahan untuk orang ramai membeli juadah untuk waktu berbuka puasa.

Malah pelbagai tempat menawarkan lokasi berbuka puasa dengan manampilkan pelbagai pakej berbuka puasa.

Berdasarkan kepada laporan oleh Akademi Sains Malaysia, rakyat Malaysia menghasilkan sejumlah 38,000 tan metrik sisa pepejal setiap hari.

44% daripadanya atau 17,000 tan metrik itu pula adalah terdiri daripada sisa makanan.

Sebagai perbandingan saiz, jumlah itu adalah bersamaan dengan 7 kolam renang bersaiz Olimpik.

Malangnya, apabila tiba bulan Ramadhan yang sepatutnya mengajar umat islam bersederhana dalam pemakanan, jumlah sisa makanan itu meningkat sebanyak 2,000 tan metrik.

Akademi Sains Malaysia menyatakan, sisa makanan dijangka akan meningkat kepada 19,000 tan metrik setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Pembaziran makanan sekaligus menjadi antara penyumbang kepada pelbagai masalah kepada alam sekitar dan kesihatan.

Sehubungan itu, umat islam khususnya perlulah bersederhana ketika berbuka puasa dengan merancang pembelian makanan agar tidak berlebihan sehingga membazir.

Ketika membeli belah pula, orang ramai disyorkan menggunakan beg boleh guna semula dan tidak bergantung semata-mata kepada penggunaan beg plastik.

Berkaitan

  • Cara Bayar Zakat Secara 'Online' Melalui MAE
  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Samsung Beri Amaran, Aksesori Tertentu Pada Siri Galaxy S23 Boleh Merosakkan Kamera

Sumber: Akademi Sains Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY