Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6

Bekas Penerbit Rockstar Jelaskan Kenapa GTA 6 ‘Skip’ PC Pada Hari Pelancaran

Diterbitkan Julai 24, 2026 · Dikemas kini Julai 24, 2026 oleh Amsyar Latif

Bekas penerbit Rockstar Games, John Ricchio, menjelaskan mengapa Grand Theft Auto VI (GTA 6) hanya akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S terlebih dahulu, tanpa versi PC pada hari pertama.

Menurut Ricchio dalam temu bual Kiwi Talks, yang pernah berkhidmat di Rockstar dari 2003 hingga 2014, keputusan tersebut bukan berpunca daripada sikap syarikat terhadap komuniti pemain PC, sebaliknya didorong oleh cabaran teknikal dalam pembangunan permainan.

Beliau berkata konsol menawarkan ekosistem perkakasan yang seragam dengan spesifikasi dan had prestasi yang telah diketahui. Ini membolehkan pembangun menumpukan sepenuhnya kepada proses pengoptimuman tanpa perlu mengambil kira ribuan kombinasi pemproses, kad grafik dan konfigurasi perkakasan yang berbeza seperti di platform PC.

Dengan spesifikasi yang tetap, Rockstar dapat memastikan prestasi permainan lebih konsisten ketika pelancaran, selain mengurangkan risiko isu keserasian yang sering dikaitkan dengan pembangunan versi PC.

GTA 6 dijadualkan dilancarkan pada 19 November 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.

Setakat ini, Rockstar masih belum mengumumkan tarikh pelancaran versi PC, namun ramai menjangkakan ia akan hadir kemudian berdasarkan corak pelancaran GTA V dan Red Dead Redemption 2, yang hanya tiba di PC selepas versi konsol.

Walaupun keputusan itu mengecewakan sebahagian pemain PC, Ricchio berpandangan strategi tersebut telah lama diamalkan Rockstar bagi memastikan pengalaman bermain yang lebih stabil ketika pelancaran, selain membolehkan pasukan pembangunan memberi tumpuan kepada platform dengan spesifikasi yang seragam terlebih dahulu.

Penjelasan itu sekali gus memberi gambaran bahawa kelewatan versi PC lebih berkait dengan proses pembangunan dan pengoptimuman teknikal, bukannya usaha untuk memaksa pemain beralih kepada konsol.

Berkaitan

  • GTA 6 Akan Dilancar Di Konsol Dulu, Versi PC Kemudian - CEO Take-Two
  • Pra-Tempah GTA 6 Bermula Tengah Malam Ini – Versi Fizikal Hanya Guna Kod Muat Turun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY