Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TSMC (Photo by I-Hwa CHENG : AFP)

Bekas Eksekutif TSMC Disaman, Didakwa Bocor Rahsia Dagangan Kepada Bos Baru

Diterbitkan November 26, 2025 oleh ariff bukhari

Gergasi pembuatan cip Taiwan, TSMC, pada Selasa berkata mereka telah memfailkan saman terhadap bekas eksekutif Lo Wei-jen, dengan mendakwa terdapat “kebarangkalian tinggi” beliau telah membocorkan rahsia dagangan kepada majikannya yang baharu, Intel.

Lo bersara pada Julai sebagai naib presiden kanan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company — pengeluar cip terbesar di dunia — dan kemudian menyertai pesaingnya, Intel, sebagai “naib presiden eksekutif”, kata TSMC dalam satu kenyataan.

TSMC berkata kes yang difailkan di Mahkamah Harta Intelek dan Komersial itu berasaskan syarat kontrak pekerjaan Lo, perjanjian anti-perssaingan, serta undang-undang seperti Akta Rahsia Dagangan.

“Terdapat kebarangkalian tinggi bahawa Lo menggunakan, membocorkan, mendedahkan, menyerahkan atau memindahkan rahsia dagangan dan maklumat sulit TSMC kepada Intel,” kata kenyataan itu.

TSMC berkata Lo telah dipindahkan ke Jabatan Strategi Korporat pada Mac 2024, namun didakwa terus bertemu kakitangan dari jabatan Penyelidikan dan Pembangunan “untuk mendapatkan maklumat bagi memahami teknologi termaju yang sedang dan bakal dibangunkan oleh TSMC”.

Lo telah menandatangani perjanjian tidak mendedahkan maklumat (NDA) dan perjanjian anti-persaingan, kata TSMC, dan beliau turut memberitahu peguam syarikat dalam temu bual keluar bahawa beliau merancang untuk menyertai sebuah “institusi akademik”.

Intel tidak segera menjawab permintaan komen daripada AFP.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan berkata mereka akan “memantau rapi sebarang kesan terhadap industri” dan bekerjasama dengan pendakwa serta penyiasat untuk menentukan sama ada kes ini melibatkan “pelanggaran Akta Keselamatan Negara”.

TSMC merupakan penerima manfaat utama daripada gelombang pelaburan kecerdasan buatan, dengan pelanggan seperti Nvidia dan Apple melabur berbilion-bilion dalam cip, pelayan dan pusat data.

Nvidia sebelum ini berkata ia akan melabur AS$5 bilion dalam Intel, yang kini bergelut, sebagai respons kepada keinginan Presiden AS Donald Trump untuk membawa lebih banyak pembuatan semikonduktor kembali ke Amerika Syarikat. – AFP

Berkaitan

  • MediaTek Umum Cip Pertama Guna Teknologi 2nm TSMC
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Cara Main C&C: Red Alert 2 Terus Di Pelayar Dan Telefon Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Facebook Perkenal 'Your Algorithm' - Pengguna Kini Boleh Sesuaikan Cadangan Kandungan Feed, Reels
  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
©2026 WISER.MY