Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PlayStation

Bekas Eksekutif Square Enix Jangka Harga Game PS Store Boleh Jadi Lebih Murah

Diterbitkan Ogos 17, 2026 oleh Amsyar Latif

Peralihan PlayStation daripada permainan fizikal kepada digital sepenuhnya mungkin membawa kepada harga permainan yang lebih murah di PlayStation Store pada masa akan datang.

Pandangan itu dikongsikan Jacob Navok, bekas Pengarah Pembangunan Perniagaan Square Enix dari 2010 hingga 2015, susulan rancangan Sony untuk menghentikan pengeluaran cakera permainan PlayStation bermula 2028.

Jacob Navok

Menurut Navok, tekanan terhadap harga permainan sebenarnya lebih banyak didorong oleh persaingan antara penerbit dan bukannya persaingan antara kedai digital.

Ini kerana penerbit mempunyai kawalan terhadap harga permainan mereka di platform seperti PlayStation Store. Persaingan antara platform seperti Steam dan Epic Games Store pula menurutnya lebih memberi kesan kepada kadar pembahagian hasil yang diterima pembangun.

Navok turut menggunakan Steam sebagai contoh, di mana harga sesebuah permainan boleh turun secara beransur-ansur apabila ia perlu bersaing dengan semakin banyak judul lain.

Beliau menjangkakan perkara sama boleh berlaku dengan lebih ketara di PlayStation Store apabila permainan fizikal tidak lagi menjadi sebahagian daripada pasaran. Penerbit mungkin menawarkan lebih banyak promosi serta harga yang lebih dinamik untuk bersaing mendapatkan perhatian pengguna.

Bagaimanapun, pandangan Navok itu merupakan ramalan dan bukannya pengesahan daripada Sony bahawa harga permainan digital PlayStation akan menjadi lebih murah.

Malah, peralihan kepada digital sepenuhnya turut mencetuskan kebimbangan mengenai persaingan dan hak pengguna.

Antara kritikan utama adalah pengguna akan kehilangan pilihan untuk membeli permainan daripada peruncit lain, mendapatkan salinan terpakai atau menjual semula permainan yang dimiliki.

Kumpulan pengguna yang menentang perubahan tersebut berpendapat keadaan itu sebaliknya boleh memberikan Sony lebih banyak kawalan terhadap pasaran permainan PlayStation.

Sony dilaporkan merancang menghentikan pengeluaran cakera bagi permainan PlayStation baharu mulai Januari 2028, sekali gus menjadikan pengedaran digital semakin penting dalam ekosistem PlayStation.

Berkaitan

  • Sony Mula Paparkan Label Pada Kotak PS5 - Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu Akan Tamat Pada 2028
  • Sony, TSMC Umum Kerjasama Bangunkan Sensor Imej Telefon Pintar Generasi Baharu - Pengeluaran Dijangka Bermula 2029

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY