Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
m2u maybank

Beberapa Perkhidmatan Maybank Tidak Dapat Diakses Selama 3 Jam Pada Sabtu Ini

Diterbitkan Januari 6, 2025 · Dikemas kini Januari 6, 2025 oleh Amalina Athman

Maybank dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan tidak akan tersedia buat sementara waktu dari 3.00 hingga 6.00 pagi pada Sabtu, 11 Januari 2025.

Berikut merupakan perkhidmatan yang akan terjejas dan tidak dapat diakses sepanjang tempoh penyelenggaraan sistem berjadual itu:

  • Web Maybank2u
  • Aplikasi MAE
  • Maybank2u Biz (web dan aplikasi)

Bagi mengelakkan sebarang gangguan sepanjang tempoh tersebut, Maybank menyarankan pengguna untuk merancang atau menyelesaikan urusan transaksi lebih awal.

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, pengguna boleh menghubungi Maybank melalui [email protected] atau di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

Berkaitan

  • Aplikasi Maybank2u Tidak Lagi Boleh Diakses Bermula 28 Ogos
  • Maybank Halang Akses Aplikasi MAE Jika Kesan Perisian Hasad
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Maybank Perkenal Ciri Anti-Penipuan Money Lock, Ini Cara Aktifkannya

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY