Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank Money Lock

Maybank Perkenal Ciri Anti-Penipuan Money Lock, Ini Cara Aktifkannya

Diterbitkan Januari 2, 2025 ยท Dikemas kini Oktober 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Maybank telah melancarkan Money Lock, satu ciri keselamatan anti-penipuan pertama di Malaysia melalui aplikasi MAE. Ciri ini membolehkan pelanggan mengunci dana dalam akaun simpanan atau semasa mereka untuk melindungi daripada akses digital tidak sah dan penipuan dalam talian.

Dana yang dikunci tidak boleh digunakan untuk transaksi seperti pemindahan dalam talian, pengeluaran ATM, atau pembayaran lain, memberikan lapisan keselamatan tambahan kepada pelanggan.

Pelanggan boleh menentukan jumlah dana yang ingin dikunci, bermula dari RM10 hingga keseluruhan baki akaun. Mereka juga akan terus memperoleh kadar faedah atau keuntungan seperti biasa. Pengaktifan dan penyesuaian jumlah yang dikunci boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi MAE, tanpa sebarang yuran dan tiada had bilangan pengaktifan.

Maybank Money Lock cara aktifkan

Cara Aktifkan Money Lock:

  1. Buka Aplikasi MAE, tekan tab Accounts, dan pilih akaun yang ingin digunakan.
  2. Tekan ikon Money Lock, pilih jumlah yang ingin dikunci, dan semak ringkasan.
  3. Sahkan melalui Secure2u untuk mengaktifkan.

Untuk membuka atau mengurangkan dana yang dikunci, pelanggan perlu melakukan pengesahan di ATM atau cawangan Maybank. Dana akan dilepaskan segera selepas pengesahan berjaya.

Pelanggan digalakkan untuk merancang kewangan dengan baik sebelum mengaktifkan Money Lock bagi memastikan keperluan transaksi penting dapat dipenuhi.

Berkaitan

  • Google Pay Kini Sokong Kad Maybank, Ini Cara Tambah Ke Dalam Peranti
  • Maybank2U MY Tidak Lagi Tersedia Di Gedung Aplikasi Bermula 30 Jun
  • Maybank Halang Akses Aplikasi MAE Jika Kesan Perisian Hasad
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY