Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sesetengah Pengguna Note 8 Menghadapi Isu Gagal Berfungsi (Freeze)

Sesetengah Pengguna Note 8 Menghadapi Isu Gagal Berfungsi (Freeze)

Diterbitkan November 2, 2017 · Dikemas kini November 2, 2017 oleh Haikel Areff

Berikutan masalah Google Pixel gagal berfungsi beberapa bulan lepas, kini isu yang sama turut mengganggu pengguna Samsung Note 8. Isu ini dilaporkan melalui forum rasmi Samsung.

Sesetengah Pengguna Note 8 Menghadapi Isu Gagal Berfungsi (Freeze)

Antara isu gagal berfungsi (freeze) yang dilaporkan dalam forum tersebut kebanyakkannya adalah apabila pengguna menggunakan aplikasi Contact.

Apabila pengguna membuat atau menerima panggilan, peranti akan secara tiba-tiba membeku dan mereka terpaksa menghentikan aplikasi atau ‘force stop’.

Malah laman Android Police turut menyenaraikan beberapa aktiviti yang akan menyebabkan masalah membeku ini termasuklah penggunaan Speed Dial, membuka Chrome dan aplikasi Google, mengecas semalaman dan banyak lagi. Boleh rujuk di sini.

Pihak Samsung masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY