Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 12R_4

Isu Storan OnePlus 12R, Pengguna Ditawarkan Bayaran Balik

Diterbitkan Februari 17, 2024 · Dikemas kini Februari 17, 2024 oleh Amalina Athman

OnePlus kini menawarkan refund atau pembayaran balik bagi pengguna di Amerika dan Eropah yang telah membeli OnePlus 12R bagi varian 256GB.

Berkaitan

  • Siri OnePlus 12 Kini Dilancarkan Untuk Pasaran Global
  • OnePlus 12 Akan Dijual Di Malaysia Mulai 3 Februari Depan
  • Bukan UFS 4.0, Semua Varian OnePlus 12R Disahkan Guna Storan UFS 3.1

Mengimbas kembali, OnePlus sewaktu pelancaran telah mengumumkan OnePlus 12R dengan dua varian – 128GB berasaskan UFS 3.1, manakala varian 256GB mempunyai storan UFS 4.0.

Setelah meraih perhatian pengguna, OnePlus mengesahkan terdapat ralat. Sebetulnya, kedua-dua varian OnePlus 12R dilengkapi UFS 3.1, dan bukan seperti yang diumumkan sebelum itu.

Bagi membetulkan keadaan dan memberikan penyelesaian, OnePlus menawarkan bayaran balik sehingga 16 Mac 2024 kepada pengguna yang telah membuat pembelian OnePlus 12R varian 256GB.

refund OnePlus 12R_

Di Malaysia, OnePlus 12R diletakkan pada tanda harga RM3,199 untuk varian 256 GB. Akan tetapi, ia belum lagi tersedia untuk jualan rasmi. Juga, tidak diketahui sekiranya akan terdapat perubahan harga atau sebaliknya.

  • Beli produk OnePlus di Shopee: https://invl.io/clkq6e8
  • Beli produk OnePlus di Lazada: https://invol.co/clkq6e4

Sumber: OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • PROTON Perkasakan Kualiti Dan Produktiviti Di Kilang EV Tanjung Malim
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY