Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 12R_A

Bukan UFS 4.0, Semua Varian OnePlus 12R Disahkan Guna Storan UFS 3.1

Diterbitkan Februari 13, 2024 · Dikemas kini Februari 13, 2024 oleh Amalina Athman

OnePlus dalam kenyataan rasmi kini mengesahkan storan bagi semua varian OnePlus 12R didatangkan dengan UFS 3.1, dan bukannya UFS 4.0 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Berkaitan

  • OnePlus 12 Akan Dijual Di Malaysia Mulai 3 Februari Depan

Kesilapan itu disahkan oleh Presiden dan COO OnePlus Kinder Liu melalui platform OnePlus Community.

Jelasnya, semasa pelancaran OnePlus 12R, syarikat itu mengumumkan Trinity Engine yang membolehkan memori dan storan peranti berjalan pantas dan lancar untuk tahun-tahun akan datang. Disebabkan ralat, OnePlus menyatakan varian 256GB mempunyai storan UFS 4.0 – sebenarnya UFS 3.1.

Due to an error, we stated that the storage enhanced by Trinity Engine would be UFS 4.0 in some variants. I can now confirm that the storage in all variants of the OnePlus 12R is still enhanced by Trinity Engine but is actually UFS 3.1.

Perkara ini mula meraih perhatian pengguna apabila mereka membandingkan prestasi storan OnePlus 12R dengan OnePlus 12, di mana markah OnePlus 12R adalah jauh lebih rendah daripada OnePlus 12 – walaupun mempunyai jenis storan yang sama.

OnePlus secara jelas menyatakan bahawa OnePlus 12R varian 256GB menampilkan jenis storan UFS 4.0, yang lebih pantas dan lebih cekap kuasa berbanding UFS 3.1 serta lebih mahal sedikit daripada pesaing.

Setelah menjadi tular di X, syarikat itu memberikan penjelasan bahawa kedua-dua varian 128GB dan 256GB OnePlus 12R mempunyai storan UFS 3.1.

OnePlus 12 Series

Di Malaysia, OnePlus 12R ditawarkan dengan varian 16GB RAM dan 256GB storan. Ia diletakkan pada tanda harga RM3,199, tetapi belum lagi diumumkan tarikh jualan rasmi untuk pasaran tempatan.

  • Beli produk OnePlus di Shopee: https://invl.io/clkq6e8
  • Beli produk OnePlus di Lazada: https://invol.co/clkq6e4

Sumber: OnePlus Community, via The Indian Express

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY